Mitsubishi tawar promosi menarik sempena Aidilfitri – Termasuk rebat tunai sehingga RM6k

By  |  0 Comments

MitsubishRaya

Lagi dua minggu lagi bulan Ramadan Al-Mubarak bakal menjelma dan pastinya selain berpakaian serba baharu, pasti ada yang tercari-cari kenderaan baharu untuk dimiliki sempena ketibaan Aidilfitri ini.

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah mengumumkan tawaran menarik sempena Aidilfitri ini termasuklah program penyelenggaraan percuma sehingga lima tahun dan rebat tunai sehingga RM6,000 bagi model Mitsubishi yang terpilih.

MMM juga bakal menganjurkan ‘rumah terbuka eksklusif’ di semua bilik pamerannya pada 6,7,13 dan 14 Jun.

ASXdrive16

Dari sekarang sehingga 31 Julai ini, mana-mana pelanggan yang menempah dan mendaftar model ASX 2015 akan menikmati program penyelenggaraan percuma selama lima tahun dan jaminan selama lima tahun. ASX 2WD berharga RM114, 043.50, dan varian 4WD pula RM128, 179.50.

Manakala bagi pelanggan yang memilih Mirage, tawaran rebat tunai sehingga RM6,000 (tertakluk pada terma & syarat). Mirage berharga RM63, 740.65.

Manakala bagi yag menempah Pajero Sport, bakal menikmati rebat tunai sehingga RM5,000 (tertakluk pada terma & syarat). Harga bagi Pajero Sport VGT ialah RM172, 211.60.

Akhir sekali, bagi yang memilih Mitsubishi Lancer GTE, berpeluang mendapat rebat tunai sehingga RM3,000 (tertakluk pada terma & syarat). Harga jentera dengan imej sporty ini ialah RM 115,581.63.

Bukan ini sahaja, bagi semua pemilik kenderaan Mitsubishi, MMM turut menawarkan aksesori tulen Mitsubishi dengan diskaun sehingga 70% (tertakluk pada terma & syarat). Harga bagi barangan tersebut bermula serendah RM45 selepas diskaun dan ia boleh dibeli di semua pusat 3S Mitsubishi.

MMM kini memiliki 58 bilik pameran (50 daripadanya merupakan pusat 3S) dan 54 pusat servis di seluruh negara.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *