Siri Jelajah Toyota WOW bakal ke Penang & KK hujung minggu ini

By  |  0 Comments

pict3

Siri Jelajah Toyota Wow yang mula berlangsung pada hujung minggu lalu di lokasi pertama iaitu di perkarangan tempat letak kereta B, Stadium Nasional Bukit Jalil, akan menyambung penjelajahannya. Seramai 40 pemenang bertuah memenangi hadiah bernilai RM500 apabila mengambil bahagian di dalam acara WOW Thrill Rides.

Pada hujung minggu ini, Siri Jelajah Toyota Wow akan berada di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu, Sabah dengan pelbagai aktiviti menarik menanti kedatangan para pengunjung.

pict2

Orang ramai juga berpeluang menyaksikan demostrasi penuh aksi yang dilakukan pemandu profesional yang mengendalikan Toyota 86 atau Vios TRD Sportivo. Malah orang ramai juga berpeluang menaiki kenderaan yang dipandu oleh pemandu profesional terbabit dengan merentasi corak jalan yang dibuat khas bagi memberikan pengalaman unik dan menterjemahkan keupayaan kenderaan terbabit (hanya di lokasi terpilih sahaja).

Bagi pengunjung yang mengambil bahagian dalam WOW Thrill Rides, berpeluang menaiki Toyota Hilux dengan melalui cabaran, yang dipandu oleh pemandu berpengalaman.

Selain itu, banyak aktiviti menarik turut akan dianjurkan termasuklah persembahan badut, InstaPrint, permainan untuk kanak-kanak dan banyak lagi.

pic1

Kali ini, bagi yang menempah Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo AT atau 1.5G AT, berpeluang mendapat sistem hiburan dengan navigasi GPS dan kamera undur. Sementara yang membeli Vios 1.5E AT & 1.5J AT/MT pula, bakal menerima Toyota Premium Solar and Security Tint.

Bagi yang membeli Vios pada bulan ini, juga berpeluang menikmati rebat tunai sehingga RM6,000.

Malah Toyota Hilux Double Cab pula menawarkan aksesori percuma termasuk sistem hiburan DVD dengan navigasi GPS dan kamera undur, sports bar, pelindung hud, jaluran berwarna merah dan cetakan gentian karbon pada B-pillar. Pakej aksesori ini bernilai RM5,200.

pict4

Sama seperti Vios, varian Hilux Double Cab 2.5G, 3.0G dan TRD pula turut ditawarkan dengan rebat tunai sehingga RM6,000.

Untuk masa yang terhad sahaja, Toyota Alphard juga akan ditawarkan dengan rebat tunai sehingga RM39,000. Selain itu, tawaran menarik turut melibatkan model Corolla Altis dan Avanza.

Bagi yang menempah mana-mana model Toyota di Siri Jelajah Toyota Wow ini, juga akan membawa pulang baucer e-servis bernilai RM5000 bagi penyelenggaran dan berpeluang memenangi Toyota Vios 1.5J AT.

Berikut merupakan jadual bagi Siri Jelajah Toyota Wow ini :

Screen Shot 2015-06-02 at 12.13.57

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *