Toyota Vios & Hilux terima penambahan kit badan tanpa kenaikan harga

By  |  0 Comments

Vios-TRD

Toyota Vios dan Hilux telah pun ditawarkan dengan penambahan kit badan tanpa kenaikan harga, mulai 1 Jun ini.

Bagi Vios 1.5 TRD Sportivo dan 1.5G, kini turut dilengkapi dengan sistem hiburan DVD-AVN (Audio-Video-Navigasi) dengan kamera undur. Aksesori asli Toyota iaitu unit kepala a2DIN dengan skrin sesentuh bersaiz tujuh-inci bersama sambungan HDMI, USB, Bluetooth dan AUX, boleh dioperasikan dengan pergerakan tangan, pergerakan udara dan juga arahan suara.

Malah DVD-AVN itu juga boleh disambung pada Internet menerusi sambungan data telefon bimbit pintar. Selain itu, dengan adanya Moracast, aplikasi navigasi menerusi telefon pintar juga boleh disambung terus pada skrin dan digunakan di dalam pemanduan. Pemasangan ini boleh dilakukan di pusat aksesori UMW Toyota Motor yang bertauliah.

Bukan itu sahaja, Toyota Premium Security & Solar Film kini merupakan elemen standard bagi Vios 1.5E dan 1.5J. Ia menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak JPJ.

hilux-value-package

Bagi Hilux pula, pelanggan yang membeli varian TRD Sportivo atau G, boleh mendapat ‘Pakej Nilai’ tanpa penambahan kos. Ia dilengkapi dengan unit DVD-AVN bersama kamera undur, pelindung hud, jaluran sporty berwarna merah, balutan ‘gentian karbon’ bagi B-pillar. Bar sport keluli tahan karat juga ditampilkan. Bagi sesiapa yang mahu menambah kosmetik pada varian TRD Sportivo dengan bar sport ini boleh membelinya dnegan harga RM2,500.

Varian Vios yang dipertingkatkan telah diperkenalkan pada Januari lalu, dengan harga bermula RM74,700 untuk J (auto RM78,800), varian E pula RM84,300, RM89,990 untuk G dan RM94,800 bagi TRD Sportivo. Harga atas jalan ini dilengkapi dengan insurans.

Manakala Hilux yang turut dipertingkatkan pada awal tahun ini, hadir dengan varian Hilux G (2.5G MT, 2.5G AT, 3.0G AT) dengan harga bermula RM92,257 hingga RM106,898. Bagi Hilux TRD Sportivo 2.5G pula berharga RM101,747 (tanpa-metallik, metallik RM102,407). Sementara itu, bagi varian tertinggi iaitu TRD Sportivo 3.0G, ia berharga RM109,820. All Harga atas jalan ini adalah tanpa insurans.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *