Toyota Aygo 2015 tembusi pasaran Eropah

By  |  0 Comments

Toyota-Agyo-2015-1

Dalam diam, Toyota telah memperkenalkan model Aygo 2015 dan memilih Eropah sebagai salah satu pasaran globalnya. Ia diedarkan di benua berkenaan mulai Jun ini.

Aygo 2015 ini ditampilkan sebagai varian x-cite dengan luaran Cyan Splash bersama kekemasan piano black dan juga rim aloi berwarna hitam berkilat bersaiz 15-inci. Malah pelanggan juga boleh menempah bumbung dan A-pillar dengan warna hitam.

Toyota-Agyo-2015-4

Penggayaan dua tona menjadi pilihan pada bahagian kabin, iaitu tampil dengan gabungan warna hitam dan biru bagi tempat duduk, kekemasan Cyan Splash dan Bold Black. Malah ia turut menampilkan pemegang pintu krom dan tombol gear yang ditelah direka semula.

Toyota Aygo 2015 ini dijanakan oleh enjin 1.0 liter tiga-silinder VVT-i yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 69 hp dan tork 95 Nm dengan anggaran penggunaan bahan api antara 3.8 liter bagi setiap 100km.

Selai itu, varian x-cite ini turut dilengkapi dengan Lane Departure Alert dan Pre-Collision System yang baharu, di mana kenderaan akan membrek secara automatik jika risiko pelanggaran mungkin berlaku.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *