Honda memperluaskan panggilan semula isu beg udara di US & Japan – Melibatkan 690k unit kenderaannya

By  |  0 Comments

Honda-airbag

Isu beg udara keluaran Takata ini memang bikin satu dunia automotif bergegar kerananya. Terbaru, Honda telah memperluaskan lagi panggilan semula (recall) untuk penukaran beg udara ini di US dan Jepun. Ia melibatkan 350,000 unit kenderaaan di US dan 340,000 lagi di Jepun, laporan Reuters.

Pada awal bulan ini, Honda telah mengesahkan panggilan semula bagi penukaran beg udara Takata ini bagi hampir lima juta unit kenderaannya, iaitu sehingga kini telah mencapai 20 juta unit seluruh dunia sejak tahun 2008.

Di mana, terkini, Honda telah menjalankan siasatannya sendiri dan menemui dua masalah terbaru yang melibatkan pengepam pada beg udara terbabit. Walau bagaimana pun, masalah ini tidak diketahui akan puncanya.

Kempen panggilan semula ini melibatkan model termasuk CR-V, Civic, Accord dan Jazz, yang diproduksi antara tahun 2002 hingga 2008. Honda berkata, beg udara tersebut akan digantikan dengan jenama lain iaitu Autoliv dan Daicel bagi beg udara bahagian tempat duduk pemandu serta Daicel dan Takata bagi pengepam beg udara untuk bahagian penumpang di hadapan.

Pada 22 Mei lalu, Honda Malaysia telah memanggil sejumlah 87,182 unit kenderaannya di negara ini berikutan kemungkinan besar beg udara keluaran Takata yang mengalami masalah. Model terbabit ialah City tahun buatan 2003-2008, Civic (2003-2008), CR-V (2002-2007), Stream (2004-2005) dan Jazz (2004-2006).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *