Siri Jelajah Toyota Wow bakal singgah di 6 lokasi mulai 30 Mei-21 Jun

By  |  0 Comments

toyota-wow-road-tour

Teringin menaiki jentera Toyota 86 atau Vios TRD Sportivo yang dipandu oleh pemandu aksi profesional? Anda berpeluang untuk merasai pengalaman itu dengan berkunjung di salah satu daripada enam lokasi Siri Jelajah Toyoya Wow yang bakal berlangsung pada hujung minggu mulai 30 Mei hingga 21 Jun ini.

Menurut Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhdm Datuk Ismet Suki, Siri Jelajah Wow yang bakal bermula pada 30 hingga 31 Mei di lokasi pertama iaitu di perkarangan tempat letak kereta B, Stadium Nasional Bukit Jalil, dengan pelbagai aktiviti dan promosi menarik yang bakal dianjurkan.

Kemudian siri jelajah ini akan bergerak di lokasi berkenaan pada tarikh berikut :

tour-schedule-2

Orang ramai juga berpeluang menyaksikan demostrasi penuh aksi yang dilakukan pemandu profesional yang mengendalikan Toyota 86 atau Vios TRD Sportivo. Malah orang ramai juga berpeluang menaiki kenderaan yang dipandu oleh pemandu profesional terbabit dengan merentasi corak jalan yang dibuat khas bagi memberikan pengalaman unik dan menterjemahkan keupayaan kenderaan terbabit.

Antara aktiviti menarik yang turut dianjurkan termasuklah cabutan bertuah dan orang ramai turut berpeluang memenangi baucer membeli-belah bernilai RM500. Bukan itu sahaja, pelanggan yang menempah mana-mana model baharu Toyota turut berpeluang memenangi Vios 1.5J (AT baharu serta baucer e-servis bernilai RM500 bagi setiap pembelian dalam promosi jualan yang diadakan.

Malah pelanggan yang menempah model Vios atau Hiluz turut berpeluang mendapat pakej aksesori percuma bernilai RM5,200.

Selain pakej menarik ini, promosi jualan yang sedang dianjurkan termasuklah peraduan Pandu Uji & Menang di mana orang ramai yang memandu uji mana-mana model Toyota berpeluang memenangi iPad Mini 16GB. Tawaran menarik yang turut menanti para pelanggan Toyota ialah berpeluang memenangi lawatan yang ditaja sepenuhnya ke Tokyo Motorshow untuk dua orang dan iPhone 6 Plus.

tour-activities-3

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *