Ops Warta : Seramai 9,836 pesalah trafik telah menyerah diri setakat ini

By  |  0 Comments

PDRM_2

Cawangan Trafik Bukit Aman telah mengeluarkan kenyataan, sehingga kini seramai 9,836 pesalah trafik telah menyerah diri dalam Ops Warta yang dijalankan sejak 19 Mei lepas, laporan Bernama.

kenyataan itu juga menyebut, Selangor merupakan penyumbang jumlah tertinggi iaitu seramai 2,308 orang, diikuti Johor sebanyak 2,267 orang dan Melaka 808 orang.

Setakat hari ini, sejumlah 2,012 pesalah trafik dari seluruh negara ditahan setelah gagal menyelesaikan waran tangkapan mereka dan daripada jumlah itu, 578 orang akan didakwa dan 1,434 dibenarkan ikat jamin.

‘Ops Warta’ dilaksanakan untuk mengesan pesalah trafik yang belum menyelesaikan waran tangkap ke atas mereka.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *