Perodua lancar model Myvi edisi Komemoratif Ulang Tahun Ke-10 – Hanya 10 unit sahaja untuk dijual

By  |  0 Comments

IMG_7100IK

Petang ini, bertempat di Setia City Mall, Perodua telah melancarkan Myvi edisi Komemoratif Ulang Tahun Ke-10 iaitu hanya 12 unit sahaja yang dihasilkan sempena dengan ulang tahun ke-10 model ini berada di pasaran Malaysia.

Namun hanya 10 unit sahaja yang akan dijual. Lagi dua unit adalah untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Perodua.

Apa yang menariknya tentang model edisi terhad ini?

Bahagian mekanikalnya masih sama dengan Myvi 2015 yang dilancarkan pada Januari lalu iaitu enjin 3SZ-VE 1.5 liter 16V DVVT yang mampu memberikan kuasa sehingga 76kW pada 6,000 rpm dan tork setinggi 136Nm pada 4,400rpm. Ia turut dipadankan dengan transmisi automatik.

Myvi edisi Komemoratif Ulang Tahun Ke-10 ini dihiasi oleh sentuhan kekemasan merah pada bahagian luaran dan kabinnya. Pada bahagian luar, kit badan GearUp yang cukup sporty menjadi pilihan. Malah gayanya turut diserlahkan dengan pelekat gentian karbon dan grafik yang turut memberikan imejnya bertambah sporty. Rim aloi lima-jejari dengan elemen kemerahan turut menjadi tarikan utamanya.

Menjengah bahagian kabinnya, jaluran merah turut menjadi pilihan termasuk pada bahagian panel pintu, papan pemuka, roda stereng dan juga tempat duduk.

Harga yang ditawarkan ialah RM62, 226.54 untuk Semenanjung Malaysia dan RM64, 365.57 untuk Sabah & Sarawak.

Malah bagi meraikan ulang tahun ke-10 ini, Perodua turut menganjurkan ‘Myvi Nation’ mulai hari ini sehingga esok di lokasi yang sama. Banyak aktiviti menarik akan dijalankan termasuklah konsert artis terkenal, pawagam di arena terbuka, peluang menaiki belon panas, kempen keselamatan jalan raya oleh JKJR dan sebagainya. Malah esok, hampir 3,000 pemilik Myvi akan berhimpun di sini untuk meraikan ulang tahun ini.

Perodua Myvi, selamat ulang tahun ke-10! Moga menjadi model ikonik yang lebih cemerlang di masa hadapan!

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *