Toyota Hilux 2016 lebih kental, mantap & lasak

By  |  0 Comments

Toyota-Hilux-2016-1

Sebagai mengotakan janji, Toyota telah pun menayangkan model serba baharu Hilux 2016 semalam. Generasi kelapan Hilux ini 70mm lebih panjang dan 20mm lebih lebar berbanding model sebelumnya. Ia juga tampil dengan elemen baharu termasuk garisan bumbung yang sedikit rendah dan lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang.

Rekaannya turut dimantapkan dengan bampar hadapan yang lebih menonjol, suar dapra yang lebih maskulin dan pelbagai garisan karakter yang lebih mantap.

Bampar belakangnya juga telah direka semula termasuk dengan lampu belakang baharu yang disambungkan pada kamera undur. Hilux 2016 ini juga boleh dipadankan dengan rim aloi bersaiz 16,17 atau 18-inci.

Menjengah bahagian kabinnya, kelihatan rekaan seperti kereta dan menurut Toyota, ia mahu membawakan keselesaan dan utiliti yang diharapkan sama seperti yang ada pada sebuha model SUV. Antara elemen yang ditonjolkan pada bahagian kabinnya termasuklah paparan skrin sesentuh umpama tablet bagi sistem hiburan, penukar mod 4WD, balutan kulit upholstery dan juga skrin LCD yang diposisikan antara speedometer dan tachometer.

Bagi sudut mekanikalnya, pemilihan enjin Hilux 2016 ini bergantung pada pasarannya. Antara pilihan enjin yang ditawarkan termasuklah 2.4 liter turbodiesel (160hp/400Nm), 2.8 liter turbodiesel (177 hp/450Nm), 2.7 liter empat-silinder (164 hp) dan 4.0 liter enam-silinder (278 hp). Bergantung pada pemilihan enjinnya, Toyita turut menawarkan kotak gear manual enam-kelajuan atau automatik enam-kelajuan.

Toyota turut mengesahkan Hilux 2016 ini boleh menunda maksimum kapasiti 3,500 kg dan mampu membawa muatan sehingga berat 1,240 kg.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *