Peugeot anjur karnival jualan di Glenmarie 23-24 Mei ini – Tawar rebat sehingga RM45k

By  |  0 Comments

Nasim Glenmarie_MG_5574

Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Peugeot di Malaysia telah mengumumkan Karninal Glenmarie yang bakal berlangsung pada 23-24 Mei dengan pelbagai tawaran menarik termasuklah rebat sehingga RM45,000.

Berlokasi di Peugeot Glenmarie, Shah Alam, antara tawaran yang bakal direbut adalah Peugeot Approved Demo Cars dengan 75 poin bagi pemeriksaan. Bagi tempahan mana-mana model Peugeot pula, pakej perlindungan cat bernilai RM2,000 turut ditawarkan.

Selain itu, pengunjung juga boleh menyertai permainan ‘Spin the Wheel’ dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuklah TV LED bersaiz 50-inci, Ipad Mini, pakej percutian selama tiga hari dua malam dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, Nasim turut menawarkan pemilikan eksklusif termasuk 0% wang pendahuluan, servis percuma selama lima tahun termasuk kos buruh, tiga tahun cukai jalan percuma dan kadar faedah serendah 1.88% setahun.

Malah model baharu Peugeot 508 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi juga akan dipamerkan dalam karnival tersebut.

508_TTDI_Ext_02

Selain Karnival Glenmarie ini, Nasim turut menganjurkan siri jelajah ‘Let Your Body Drive’ di beberapa lokasi terpilih iaitu Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya (21-24 Mei), Amanjaya Mall, Sungai Petani (22-24 Mei), Mydin Mall, Kuala Terengganu (28-30 Mei) dan City Square, Johor Bahru (29-31 Mei).

Semua model Peugeot ditawarkan dengan waranti lima tahun dengan perbatuan tanpa had bersama servis Bantuan Peugeot 24-jam, akses di Peugeot Lounge, Subang Airport dan keahlian Peugeot Privilege.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *