Volkswagen Puchong Utara bakal jadi pusat kemudahan Volkswagen terbesar di Malaysia

By  |  0 Comments

Volkswagen Puchong North Ground Breaking 2

Semalam, Volkswagen Malaysia Group (VGM) telah mengadakan majlis pecah tanah sebagai tanda bermulanya pembinaan bangunan Volkswagen Puchong Utara yang bakal menjadi kemudahan terbesar Volkswagen di Malaysia. Ia merupakan projek kerjasama antara VGM dengan Swire Motors dari Taiwan.

Ia dirasmikan oleh Pengarah Urusan Volkswagen Malaysia, Armin Keller and Pengurus Besar Swire Motors SEA, Eric Khoo. Acara tersebut merupakan komitmen yang signifikan kerana ia akan menjadi Pusat Servis Teknikal kedua terbesar di dalam negara.

Ia juga menjadi langkah besar yang diambil oleh Swire Motors kerana ini merupakan pelaburan pertama dalam pelan pengembangan pemotoran mereka di pasaran Malaysia.

Volkswagen Puchong North Ground Breaking 1

Keller berkata, “Kami amat berbesar hati kerana Swire Group melihat Volkswagen sebagai satu propek pelaburan di Malaysia. Langkah ini akan membantu pasaran tempatan, daripada peluang pekerjaan kepada rakyat, sehinggalah mengembangkan industri automotif di Malaysia. Volkswagen Malaysia sangat teruja mengenai peluang pertumbuhan hasil daripada kerjasama ini.”

Bilik pameran 4S itu mampu memuatkan 16 model berbeza. Sementara bahagian Selepas Jualan pula akan mempunyai 25 ruang penyelenggaraan untuk memberi khidmat kepada pelanggan di kawasan selatan Lembah Klang.

Pusat Servis Teknikal pula bakal dilengkapi mesin-mesin selepas jualan yang paling komprehensif serta sepasukan juruteknik pakar bertauliah untuk menyempurnakan apa jua tugasan, daripada servis pantas hinggalah membaik pulih enjin sepenuhnya.

Bengkel badan dan cat pula akan dipasang dengan peralatan terkini dan diselia oleh pekerja mahir. Ini bagi memastikan pelanggan mempunyai satu penyelesaian sehenti untuk semua keperluan selepas jualan mereka.

Pembinaan kemudahan Volkswagen Puchong Utara dijangka siap pada November 2015.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *