ETCM lancar Pusat 3S Mega Johor Jaya

By  |  0 Comments

02 ETCM Johor Jaya 3S Centre_Exterior

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) terus merintis jalan dalam pasaran automotif tempatan apabila membuka pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) terbesarnya di Malaysia.

Pusat 3S Mega Johor Jaya dirasmikan oleh Datuk Bandar Johor Bahru, Yang Berhormat Dato’ Haji Abdul Rahman Bin Mohamed Dewam yang diiringi oleh Pengarah Eksekutif ETCM, Yang Berbahagia Dato’ Dr Ang Bon Beng.

Menelan kos sebanyak RM25.5 juta, Pusat 3S Mega Johor Jaya ini sememangnya menjadi pusat sehenti buat Nissan dan ETCM. Ia dilengkapi sebuah bilik pameran, Pusat MUV Kenderaan Terpakai Bertauliah, Divisyen Sewa Beli dan Insurans, pusat pengedaran kenderaan, pusat servis yang membolehkan pemilik melakukan servis dan mendapatkan alat ganti untuk kenderaan Nissan mereka, lounge dengan perkhidmatan WiFi percuma dan sudut kanak-kanak.

06 Mr Yeoh Hee Huat_Dato Dr Ang Bon Beng_Datuk Bandar_Mr Cheng Ee Sen

Bangunan setinggi enam tingkat itu dibina di atas tanah 2.15 ekar dengan binaan seluas 256,000 kaki persegi. Ia dilengkapi lebih daripada 400 ruang parkir, sebuah bilik pameran luas yang boleh menempatkan semua rangkaian model Nissan sehingga 30 unit. Ia juga mempunyai 36 ruang penyelenggaraan dengan kapasiti menjalankan servis sehingga 150 buah kenderaan sehari pada satu-satu masa.

Dato’ Dr Ang berkata, “Pusat 3S Mega Johor Jaya ini merupakan testimoni kepada falsafah kami yang mendahulukan pelanggan. Kami sentiasa berusaha untuk memberi keselesaan dan kemudahan kepada pelanggan, dan pada masa yang sama, kami juga komited untuk memberikan produk yang inovatif, serta perkhidmatan servis yang terbaik bagi kepuasan pelanggan.”

Pusat 3S Mega Johor Jaya ini juga merupakan konsep ‘Bandar Tan Chong’. Ia turut memberi peluang kepada para pelanggan untuk memandu uji, membeli model-model baharu Nissan, menukar kereta lama, mendapatkan perkhidmatan servis dan alat ganti.

Sehingga kini, ETCM memiliki rangkaian ekstensif 100 buah bilik pameran yang merangkumi pengedar dan 60 bengkel Tan Chong Express Auto Service (TCEAS) di seluruh negara. ETCM mensasarkan untuk mempunyai 20 pusat 3S di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun 2015.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *