Galeri : Mitsubishi Triton Quest 4×2 – Antara pilihan terbaik untuk pengangkutan ringan

By  |  0 Comments

Triton_Quest_Ext_02

Mitsubishi Motors Malaysia bakal melancarkan barisan Triton terbaharu pada minggu hadapan. Namun beberapa minggu sebelum ia dilancarkan, Triton baharu ini telah mula dipamerkan di bilik pameran Mitsubishi seluruh negara. Malah tempahannya juga telah mula dibuka sejak 1 April yang lalu.

Sebelum ini, Infokereta.com telah memaparkan galeri bagi Trion VGT baharu, kini giliran Triton Quest 4×2 pula. Ia merupakan model spesifikasi paling asas bagi Trion baharu ini.

Triton_Quest_Int_14

Dengan harga jangkaan iaitu RM71,000 berserta insurans, ia dijanakan oleh enjin 2.5 liter turbodiesel SOHC IDI dengan kuasa 89 PS dan tork 196 Nm.

Tidak banyak perkara menarik yang ditampilkan, namun model import sepenuhnya (CBU) dari Thailand ini menawarkan elemen standard termasuklah pemain CD dengan AUX/USB, cermin tingkap berkuasa, cermin sisi dengan pelarasan automatik dan penghawa dingin manual. Selain itu, bagi aspek keselamatannya, ia dilengkapi dengan ABS, EBD dan dua beg udara.

Bagi luarannya, ia dipadankan dengan lampu utama reflektor tanpa lampu nyalaan siang, gril berwarna hitam, perumah cermin sisi dan pemegang pintu berwarna krom, rim aloi bersaiz 15-inci dan tiada bampar belakang. Memanglah ia kelihatan kurang bergaya, tetapi lebih sesuai dijadikan sebagai pengangkutan ringan dengan harga yang berpatutan.

Kalau hendak Triton yang lebih bergaya, anda bolehlah memilih Triton VGT baharu yang lebih berkuasa dan tampil bergaya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *