Toyota tawar promosi istimewa untuk model Vios

By  |  0 Comments

Toyota-campaign

Sepanjang Mei ini, UMW Toyota Motor telah menawarkan lima pilihan istimewa buat mereka yang ingin memiliki model Vios. Pilihan pertama ialah tawaran kadar faedah rendah iaitu 0.088% dari beberapa institusi kewangan terpilih.

Manakala tawaran kedua pula ialah insurans dan cukai jalan percuma selama setahun serta penyelenggaran percuma selama lima tahun.

Bukan itu sahaja, UMW Toyota Motor turut memberikan pilihan ketiga iaitu bayaran bulanan terendah bermula hanya RM628 menerusi Toyota Capital 2-Tier Plan. Bagi pilihan keempat pula, pelanggan turut ditawarkan dengan rebat tunai sehingga RM6,000.

Pilihan tawaran terakhir bagi bakal pemilik Vios pula ialah pihak UMW Toyota Motor akan membantu pelanggan untuk menilai kereta sedia ada menerusi Topmark iaitu pengedar kereta terpakai yang memiliki reputasi tinggi. Topmark bukan sahaja bakal menawarkan tawaran yang tinggi, malah akan memberikan hadiah istimewa untuk setiap kereta yang dinilai.

Toyota-campaign-2

UMW Toyota Motor juga menawarkan promosi istimewa untuk model Hilux, Altis, Avanza dan Alphard di semua bilik pameran di seluruh negara. Malah terdapat aktiviti menarik turut dianjurkan pada 16-17 dan 23-24 Mei ini, khas untuk para pelanggan Toyota. Semua tawaran ini akan berakhir pada 31 Mei ini dan maklumat lanjut boleh didapati di laman web www.toyota.com.my.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *