Galeri : Kia Rio baharu miliki imej lebih elegan

By  |  0 Comments

Kia_Rio_Ext_02

Dua hari lalu, NAZA Kia Malaysia telah melancarkan model Rio baharu yang telah pun mula berada di bilik pameran.

Rio baharu ini dikuasakan dengan enjin KIA Gamma 1.4 MPI DOHC CVVT yang menghasilkan 109 PS dan tork setinggi 137 Nm, serta dipadankan dengan transmisi automatik empat-kelajuan bersama penukaran gear secara manual.

Kia_Rio_Ext_27

Ditawarkan pada harga RM79,080 termasuk GST dan insurans, ia turut didatangkan dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan.

Bagi ciri-ciri keselamatan terbaik, Rio baharu ini turut dilengkapi denganPengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), ABS, EDB, Sistem Bantuan Brek (BAS), Alat Pengesan Ruang Parkir Belakang, Sistem Bantuan Kawalan Mula Mendaki (HAC) dan ISOFIX.

Sama seperti model sebelumnya, Rio baharu ini turut dipadankan dengan kit standard termasuklah lampu utama halogen projektor dengan lampu nyalaan siang LED, lampu belakang LED, lampu dan bilah pengilap cermin automatik, kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, kluster instrumen Supervision, zon tunggal penghawa dingin automatik dengan ioniser kluster, roda stereng pelbagai fungsi balutan kulit, bumbung matahari dan juga pedal aloi.

Jadi apakah perubahan baharu yang ditampilkan pada model facelift ini?

Imejnya diperbaharui dengan rekaan yang lebih lebar, sekali gus menampakkan ciri-ciri yang lebih kukuh. Pengubahsuaian gril yang luas bagi kemasukan udara dan matte silver bars pada bingkai lampu kabus hadapan menampakkan ciri bentuk yang lebih tegap.

Selain itu, bahagian belakangnya juga tampil sedikit kelainan dengan kehadiran reflektor yang diubah suai. Malah rim aloi bersaiz 17-inci dengan rekaan baharu juga menambahlah lagi gaya rangginya.

Rekaan di dalam kabin juga memberikan cita rasa mewah dengan kemasan hitam yang berkilat pada centre fascia dan konsol gear. Selain dari Bluetooth, Auxiliary dan penyambungan USB, sistem audio juga didatangkan dengan memori 860MB bagi menyimpan muzik MP3 dan senarai nombor telefon.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *