Bilangan CCTV di lebuh raya sedia ditambah – Kem. Kerja Raya

By  |  0 Comments

HondaJazz5

Pihak kerajaan menerusi Kementerian Kerja Raya bersedia untuk berbincang dengan syarikat konsesi lebuh raya bagi menambah bilangan kamera litar tertutup (CCTV) terutamanya di kawasan yang berisiko berlaku kemalangan.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof, perkara ini boleh dibincangkan jika pihak konsesi terbabit secara sukarela menambah bilangan CCTV terbabit tanpa membebankan kosnya kepada pengguna jalan raya. Di mana kos tersebut diperuntukkan daripada keuntungan pihak terbabit, menurut laporan Bernama.

Tambahnya lagi, rakaman video adalah antara bukti penting jika berlaku kemalangan, selain ia merupakan langkah keselamatan agar pengguna jalan raya lebih berhati-hati.

PLUS HIGHWAY

Kenyataan ini dikeluarkan bagi mengulas gesaan orang ramai yang inginkan bilangan CCTV di lebuh raya ditambah berikutan kemalangan yang meragut tiga nyawa sekeluarga di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) pada Sabtu lepas yang didakwa berpunca daripada enam buah perodua Myvi yang berlumba.

Dalam masa yang sama, Fadillah turut berkata kerajaan telah dan sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mengurangkan kadar kemalangan termasuk pembinaan lebuh raya yang memenuhi standard keselamatan antarabangsa.

Selain itu, had laju yang ditetapkan juga bertujuan memberikan panduan bagi mengelak risiko kemalangan di sesetengah lokasi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *