Volkswagen Polo hatchback CKD 2014 bakal menghampiri tarikh pelancaran?

By  |  2 Comments

IMG_8274

Melalui ‘abang kedua’ InfoKereta iaitu laman sesawang Oto.my telah mempromosikan model CKD bagi Volkswagen Polo hatchback 2014. Model CKD yang dipasang di kilang milik DRB-Hicom di Pekan, Pahang, ia turut pernah dipamerkan di Kuala Lumpur International Motorshow 2013 yang berlangsung di PWTC pada November lalu.

Ia bakal dijual pada harga RM85,888 (harga atas jalan tanpa insurans), Polo hatchback CKD ini dikuasakan oleh enjin 1.6 liter MPI. Ia mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 105 PS pada 5,250rpm dan puncak tork 153Nm pada 3,800rpm. Dikatakan ia mampu mencecah kelajuan maksimum sehingga 183km/j dengan catatan daripada titik sifar sehingga 100km/j ialah 12.3 saat. Turun dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan dengan mod Tiptronic. Manakala penjimatan bahan apinya tercatat pada 6.3 liter bagi setiap 100km.

IMG_8276

Berkenaan dengan rekaan luarannya, model ini tidak tampil dengan gaya TSI yang tersendiri tanpa dipadankan dengan lampu belakang berbentuk ‘L’. Malah perumah lampu utamanya juga berwarna perak berbanding yang digunakan pada model CBU iaitu dengan rona hitam. Manakala bampar belakangnya juga sedikit berbeza dan lampu isyaratnya terletak pada fender.

Untuk bahagian kabinnya pula agak mempunyai persamaan dengan model Polo Sedan 2014, di mana ia turut digandingkan dengan head unit RCD 320, empat pembesar suara dan zon penghawa dingin automatik tunggal Climatronic. Turut ditampilkan ialah cruise control, balutan kulit untuk roda stereng, tombol gear dan pemegang brek tangan, tempat duduk balutan fabrik ‘Livon’ dan skrin paparan pelbagai fungsi. Kekemasan krom juga menghiasi papan pemuka seperti pada bahagian panel penghawa dingin, roda stereng, suiz lampu dan sedikit pada radio.

IMG_8279

Manakala aspek keselamatan yang diterapkan ialah beg udara berkembar, Bantuan Brek, ISOFIX dan empat poin pengesan parkir. Manakala antara teknologi keselamatan yang diterapkan ialah Sistem Respons Pelanggaran Pintar (ICRS) yang akan membuka kunci pintu kenderaan secara automatik dan lampu kecemasan akan menyala serta-merta sejurus kemalangan berlaku.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *