Isuzu D-Max sahut cabaran rentasi Bangkok ke Singapura dengan satu tangki bahan api sahaja

By  |  0 Comments

On the move

Tidak perlu dipertikaikan lagi kredibilitinya, bukan setakat memberikan pengendalian yang diingini, malah turut menyalurkan penggunaan bahan api yang sungguh efisien.

Buktinya, baru-baru ini sebanyak empat unit trak pikap Isuzu D-Max berjaya menyempurnakan perjalanan sejauh 1,809km dari Bangkok ke Singapura dengan menggunakan kurang daripada satu tangki bersaiz 76 liter.

Ini bukan kali pertama, Isuzu D-Max mencatat sejarah yang sama. Pada tahun 2011 lalu, jentera yang sama berjaya menamatkan pemanduan dari Bangkok ke Melaka dengan jarak sejauh 1,600km.

Kali ini, trak pikap dan konvoi itu dipantau rapi oleh pegawai Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Sebaik sahaja Cabaran Dura-Miles itu tamat,AAM turut mengesahkan bahawa semua kenderaan tersebut mengikut spesifikasi pengeluar.

Secara signifikannya, empat unit Isuzu D-MAX itu iaitu model 2.5 liter dan 3.0 liter bertransmisi manual dan automatik mempunyai ciri sama iaitu pacuan 4×4 yang boleh dipilih (selectable) dan sudah lama dilihat sebagai sistem yang tidak menjimatkan minyak.

Flag off

Konvoi itu dilepaskan dari pengedar Isuzu Ung Nguan Tai di Bangkok oleh Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia, Daisuke Ishida, Ahli Jawatankuasa AAM, Ahmed Ismail, Naib Presiden Kanan Tripetch Isuzu Sales Co. Ltd., Panadta Chenavasin dan Naib Pengarah Urusan Jualan Ung Nguan Tai Isuzu, Tanavit Pitaksith.

Semua trak pikap tersebut dipandu dalam kondisi yang ekstrem termasuklah suhu mencecah 40 darjah selsius di kebanyakan lokasi di Thailand, selain terpaksa berdepan dengan rebut petir pada waktu petang di Malaysia. Sepanjang perjalanan, para pemandu memastikan pendingin hawa dipasang berikutan cuaca yang begitu panas.

Finish

“Walaupun kenderaan pacuan empat roda menawarkan penyelesaian praktikal bagi mereka yang gemar menjalani gaya hidup aktif, ia juga mempunyai reputasi sebagai jentera yang tidak menjimatkan minyak. Namun, hasil daripada keseimbangan kuasa dan kejuruteraan Isuzu yang mengagumkan, Isuzu D-MAX mampu menawarkan prestasi dan penjimatan bahan api yang tiada tandingan kepada semua pengguna,” kata Ishida yang turut berada di Singapore Discovery Centre untuk menyambut ketibaan konvoi terbabit.

Pengurus Kanan Jabatan Perancangan Produk dan Jenama Isuzu Malaysia, Wan Zaqi Zacary memberitahu, reka bentuk Isuzu D-MAX yang ringkas tetapi sofistikated adalah antara penyumbang kejayaannya. “Pasukan jurutera Isuzu memberi penekanan terhadap aspek aerodinamik. Buktinya, mereka menggunakan terowong angin kereta api laju untuk membangunkan bentuk D-MAX baharu,” kata Zaqi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *