Subaru Outback 2015 telah muncul dalam oto.com.my – Harga jangkaan RM225k & bakal dilancarkan Rabu ini

By  |  0 Comments

2015-subaru-outback-oto-ad

Dijangka bakal dilancarkan pada Rabu ini, Subaru Outback 2015 telah pun diiklankan menerusi laman web klasified Oto.com.my. Walau pun tiada imej yang lebih jelas dan informasi terperinci mengenai model SUV ini, namun difahamkan harganya mungkin dalam lingkungan RM224,885.90. Ia dikatakan harga atas jalan termasuk insurans yang turut didatangkan dengan waranti selama lima tahun.

Subaru Outback 2.5i AWD merupakan model import sepenuhnya (CBU) yang dijanakan oleh enjin 2.5 liter Boxer empat-silinder dengan sistem Subaru Symmetrical All-Wheel Drive. Antara elemen yang cuma tertera pada iklan tersebut ialah ia turut ditampilkan dengan Kawalan Dinamik Kenderaan dan juga rim aloi bersaiz 18-inci.

Nak tahu info selanjutnya? Tunggu pelancarannya pada petang Rabu ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *