Chevrolet Cruze Sport Edition turut diperkenalkan

By  |  0 Comments

Chevrolet_Cruze_Sport_Edition_Malaysia_ 002

Selain Colorado Sport Edition, Chevrolet menerusi Naza Quest turut memperkenalkan Chevrolet Cruze Sport Edition di NAZA Auto-Mania 2015 yang berlangsung di Petaling Jaya hujung minggu lalu.

Dijual pada harha atas jalan RM122,868.17 berserta insurans, Chevrolet Cruze Sport Edition telah ditampil dengan kit badan sepenuhnya termasuk lampu utama dan lampu belakang dengan rekaan yang unik, rim bersaiz 18-inci yang dibaluti tayar Goodyear Eagle F1 Directional 5 serta jaluran berkembar pada bahagian atas hudnya.

Chevrolet_Cruze_Sport_Edition_Malaysia_ 003

Dalam senarai spesifikasiknya, ia turut diberikan pilihan Performance Pack dan Performance Progressive Coil Springs.

Menjengah bahagian kabinnya, model Cruze Sport Edition ini turut dilengkapi dengan kulit upholstery berwarna hitam dengan kekemasan merah, pemijak pintu tepi iluminasi dan unit kepala AVN baharu bersama kamera undur.

Chevrolet_Cruze_Sport_Edition_Malaysia_ 013

Seperti mana model facelift yang diperkenalkan pada tahun 2012, Cruze Sport Edition ini turut dijanakan oleh enjin 1.8 liter Ecotec dengan kuasa 140 hp dan tork 176 Nm. Ia juga dipadankan dengan transmisi automatik enam-kelajuan yang menyalurkan kuasa pada roda belakang.

Naza Quest telah menganjakkan lagi waranti bagi pembelian Cruze Sport Edition ini iaitu selama lima tahun atau 200,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu), berbanding tiga tahun/100,000 km bagi model terdahulu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *