Persiaran Jengka ditutup lapan bulan ekoran projek pembinaan LRT

By  |  0 Comments

persiaran-jengka-road-closure-diversions-prasarana

Bagi kelancaran kerja-kerja pembinaan Stesen 5 Projek sambungan laluan LRT Kelana Jaya, penutupan jalan dan lencongan trafik akan dilaksanakan di Persiaran Jengka (di sebelah SS17, Subang Jaya) mulai 21 April hingga 31 Disember depan, memetik laporan Bernama.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Prasarana Negara Berhad (Prasarana), penutupan jalan berkenaan melibatkan laluan arah utara sepanjang 300 bertujuan memberi kemudahan berikutan kerja-kerja pembinaan tersebut.

Untuk laluan alternatif pertama, pengguna jalan raya yang datang dari arah Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) menghala ke Subang Parade akan dilencongkan ke Jalan SS17/2 dan akan memasukki semula Persiaran Jengka selepas Jalan SS17/2J.

Manakala bagi laluan alternatif kedua, pengguna yang melalui Jalan SS17/2 menghala NPE akan dilencongkan ke Jalan SS17/2L dan perlu membelok ke kiri untuk ke Jalan SS17/3, diikuti satu lagi belokan ke kiri ke Jalan SS17/3A. Pengguna akan memasuki semula Jalan SS17/2 untuk ke destinasi mereka.

Penutupan jalan itu adalah demi keselamatan pengguna jalan raya memandangkan kerja pembinaan melibatkan jentera dan bahan binaan yang berat.

Selain penghandang jalan digunakan bagi melencongkan trafik, pemberi isyarat dengan bendera serta isyarat amaran akan turut diletakkan.

Prasarana mengingatkan para pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan mematuhi tanda amaran ketika dalam perjalanan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *