Volkswagen lancar Pusat 3S pertama di Taiping

By  |  0 Comments

VW_Taiping1

Menerusi Goh Brothers Motor Sdn Bhd, Volkswagen telah melancarkan sebuah bilik pameran pertamanya di Taiping, Perak. Terletak di Jalan Simpang, kemudahan 3S (Jualan, Servis dan Alat Ganti) ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Eksekutif Goh Brothers Motor Sdn Bhd, Goh Kian Sin dan Pengarah Urusan Volkswagen Malaysia, Armin Keller pada pagi ini.

Keller berkata, “Kami yakin bahawa Goh Brothers Motor mampu memberikan perkhidmatan pelanggan dan selepas jualan yang terbaik. Sepanjang kerjasama selama lapan tahun, Volkswagen dan Goh Brothers Motor akan terus berpegang kepada janji kami iaitu Sentiasa Berada di Sisi Anda. Kami bekerjasama rapat demi memastikan kami dapat mendefinisikan semula pengalaman pemilikan kenderaan Volkswagen buat para pelanggan di Malaysia.”

1

Bilik pameran dua tingkat seluas 1,342 meter persegi itu membolehkan sebanyak tujuh buah kenderaan Volkswagen dipamerkan. Ia turut mempunyai sebuah lounge yang selesa dan enam ruang servis. Pusat 3S Taiping menjadi pengedar ketiga dalam senarai pengedaran baharu Volkswagen pada tahun 2015.

Bilik-bilik pameran lain yang turut diuruskan oleh Goh Brothers Motor Sdn Bhd terletak di Pulau Pinang (Georgetown dan Juru), Kedah (Kulim, Langkawi) dan Perak (Ipoh).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *