Awas! Polis bakal jejaki pesalah trafik tegar menerusi Ops Warta mulai Mei ini

By  |  0 Comments

PDRM_2

Amaran bagi pesalah trafik tegar dan ‘pengumpul saman berjaya’, anda tidak akan terlepas daripada buruan polis bila mana Ops Warta bakal dilancarkan bulan hadapan.

Menurut Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff, setakat ini sebanyak 2.49 juta daripada 4.09 juta waran tangkap telah pun diselesaikan.

“Kini kita sedang menjejaki baki 39 peratus lagi atau 1.59 juta pesalah trafik ini. Pelbagai amaran telah pun diberikan sejak dua tahun yang lalu. Namun pesalah-pesalah ini masih berdegil dan enggan membayar saman mereka walau pun telah dikeluarkan waran. Jika pesalah tersebut berjaya dijejaki menerusi sekatan jalan raya, tindakan serta-merta akan dikenakan,” ujarnya.

Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 880,914 saman telah dikeluarkan. Di mana, sebanyak 9,119 daripadanya adalah kerana menyalahgunakan lorong kecemasan. Manakala 69,629 saman adalah kerana kesalahan memotong barisan.

Menurut Datuk Mohd Fuad lagi, Bukit Aman juga telah bekerjasama dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk mengesan alamat pesalah trafik.

Beliau menjelaskan bahawa pengguna kenderaan boleh menyemak jika mereka mempunyai saman yang belum dibayar melalui www.myeg.com.my dan www.rilek.com.my. Saman juga boleh disemak di mana-mana kaunter polis trafik, pejabat pos dan ATM Maybank dan di pusat beli-belah terpilih serta cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Sumber foto : Facebook PDRM

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *