Renault Captur & Clio GT bakal tiba di Malaysia sebelum 2015 melabuhkan tirainya

By  |  0 Comments

Sewaktu melancarkan Renault Fluence baharu semalam, TC Euro Cars Sdn Bhd (TCEC) turut mengesahkan bakal membawa masuk model Clio GT dan Captur sebelum 2015 berakhir.

Berita yang disampaikan kepada Paultan.org ini, Clio GT akan tiba di Malaysia pada suku ketiga tahun ini, manakala Captur pula pada suku terakhir.

Clio GT ini telah ditala khas dan dijanakan oleh enjin 1.2 liter TCe yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 120 hp dan tork 190 Nm. Ia didatangkan dengan transmisi klac-berkembar EDC enam kelajuan dan casis sport yang dibangunkan oleh Renaultsport. Jentera hatchback ini mampu dipacu dari 0-100 km dalam hanya 9.9 saat.

Bagi Renault Captur pula, difahamkan enjin 1.2 liter TCe menjadi pilihan bagi pasaran Malaysia ini. SUV di bawah segmen-B ini diproduksi menggunakan platform Clio tetapi yang telah dimodifikasi.

Dua lagi model yang telah disahkan bakal memasuki pasaran Malaysia terutamanya untuk bahagian Sabah/Sarawak) ialah Renault Duster. Model SUV bajet ini telah pun memasuk pasaran Indonesia dan buat setakat ini, ia hanya ditawarkan dalam transmisi manual sahaja. Jadi, apabila versi automatik diproduksi, ia mungkin akan sampai ke Malaysia tidak lama lagi.

TC Euro Cars Sdn Bhd (TCEC) juga sedang mempertimbangkan untuk membawa masuk beberapa lagi model Renault ke Malaysia termasuklah Espace dan Lodgy baharu. Buat setakat ini, kedua-dua model berkenaan dibina dengan pemanduan sebelah-kiri. Jadi jika ada versi pemanduan sebelah-kanan, pastinya kedua-dua model ini bakal tiba di negara kita.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *