Chevrolet-FNR – Model konsep yang menarik perhatian di Auto Shanghai 2015

By  |  0 Comments

Chevrolet-FNR-Concept-1

Model konsep Chevrolet-FNR telah berjaya mencuri tumpuan di Auto Shanghai 2015, yang tampil dengan imej futuristik mengagumkan.

Umpama kenderaan masa hadapan yang unik, FNR dibangunkan oleh pasukan tempatan GM Pan Asia Technical Automotive Centre (PATAC) yang bekerjasama dalam menghasilkan kelengkapan kenderaan elektrik dengan pemanduan teknologi autonomi.

Dengan mengetengahkan rekaan kapsul berteknologi tinggi, FNR ini turut ditampilkan dengan lampu utama dan lampu belakang laser kristal, bersama pintu “dragonfly” serta sistem pengecas tanpa wayar.

Chevrolet-FNR-Concept-9

Chevrolet-FNR ini akan dijanakan oleh motor elektrik dan menerima radar yang dipasang pada bahagian bumbung dengan keupayaan mampu melakukan pemetaan keadaan di sekeliling kenderaan bagi membolehkan fungsi tanpa pemandu. Ia juga turut dibantu oleh kepelbagaian pengesan yang terdapat pada model konsep berkenaan.

Model konsep ini juga mempunyai pengesan imej oleh sistem penghidup iris dan tempat duduk hadapannya boleh dipusingkan sehingga 180 darjah serta menghadap tempat duduk belakang apabila kenderaan ini dalam mod autonomi. Mod manual boleh ditukar semula dengan pergerakan tertentu bagi membenarkan pemandu mengambil alih pengendalian kenderaan sepenuhnya.

Walau bagaimana pun, model konsep canggih ini masih belum diketahui adakah bakal diproduksikan kelak mahu pun tidak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *