ETCM lancar Kempen Keselamatan Nissan 2015 di Legoland Malaysia Resort

By  |  0 Comments

Pic 2_Mark Germyn, DDABB & Captain Bala officiated the launch of 2015 NSC_Resize

Baru-baru ini, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah melancarkan Kempen Keselamatan Nissan 2015 di LEGOLAND® Malaysia Resort. Ia telah dibangun dan dijalankan dengan objektif untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran-kemahiran penting berkaitan keselamatan jalan raya kepada golongan dewasa serta kanak-kanak.

Pada tahun ini, kempen tersebut akan memberi fokus kepada mendidik kanak-kanak dan orang dewasa menerusi dua program iaitu Karnival Keselamatan Kanak-kanak ‘Program Keselamatan Pertama Saya dengan Nissan’ dan Pengalaman Pemanduan Selamat.

Menurut Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng, “Memang sangat membanggakan apabila dapat melihat Kempen Keselamatan Nissan menjadi semakin berpengaruh dari tahun ke tahun hasil sokongan padu daripada para pelanggan kami.”

“Tahun ini, fokus kami adalah untuk mendidik generasi muda dengan pengetahuan asas keselamatan menerusi aktiviti-aktiviti yang kreatif dan menyeronokkan. Kami harap dapat berkongsi dan menyampaikan mesej-mesej penting berkaitan keselamatan bagi mengelak kemalangan jalan raya serta kebakaran daripada berlaku. Sekali gus memupuk kemahiran ini sejak dari usia muda”.

Pic 3_Resize

Karnival Keselamatan Kanak-kanak 2015 akan dikendalikan oleh Pengasas Kelab Marshal Keselamatan Jalan Raya, Kapten K. Balasupramaniam.

Untuk tahun 2015, ETCM turut menambah satu inisiatif baharu yang dikenali sebagai ‘Menyelamatkan Diri daripada Kebakaran’. Ia fokus kepada mendidik para peserta bagaimana untuk menangani kebakaran dengan selamat serta kemahiran ikhtiar hidup pada waktu kecemasan.

Dalam usaha untuk menjangkau lebih ramai audien, Karnival Keselamatan Kanak-kanak akan diperluaskan ke seluruh negara. Kempen pada tahun ini akan berakhir dengan Program Pemanduan Selamat kepada para pemilik kenderaan Nissan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *