Peugeot 308 R HYbrid turut mengaum di Auto Shanghai 2015

By  |  0 Comments

peugeot-308r-hybrid-shanghai-1257

Peugeot turut menayangkan model konsep 308 R HYbrid di pentas Auto Shanghai 2015 yang berjaya menambat perhatian para pengunjung.

Menurut Peugeot, model konsep ini diilhamkan selepas pembikinan 308 R pada tahun 2013 lalu. Malah turut mengesahkan ia sudah bersedia untuk dilahirkan sebagai model produksi.

Berkongsi rekaan dengan konsep Quartz, 308 R HYbrid ini tampil dengan gaya yang lebih agresif dengan dapra yang lebih lebar, rim bersaiz 19-inci, corong udara lebih besar dan warna biru-hitam yang mengagumkan.

Untuk ‘jantungnya’, 308 R HYbrid ini menggunakan penjana kuasa plug-in dengan tiga kombinasi sumber, di mana setiap satunya memiliki keupataan untuk menyalurkan kuasa pada kenderaan. Penjana kuasanya iaitu enjin 1.6 liter THP empat-silinder dan dua motor elektrik, setiap satinya menyalurkan 115 PS, menyalurkan kuasa pada setiap gandar dan seterusnya pada pacuan semua-roda. Jumlah keseluruhan kuasa yang mampu dihasilkan oleh sistem ini ialah 500 PS dan tork pula setinggi 730 Nm.

Peugeot turut berkata, jentera yang bakal memasuki keluarga model hatchback ini namun memiliki prestasi umpama supercar. Sekali gus mengesahkan 308 R HYbrid mampu dipacu dari 0-100 km/h dalam hanya 4.0 saat, serta kelajuan maksimumnya pula mencecah 250 km/j.

peugeot-308r-hybrid-shanghai-1259-e1429516840489

Super hatch ini juga menampilkan empat mod pemanduan. Hot Lap yang dilepaskan memiliki potensi sepenuhnya bagi sistem hibrid. Manakala mod Track pula mampu menyalurkan kuasa sehingga 400 PS dan tork 530 Nm daripada enjin petrol. Bagi mod Road pula yang direka bagi pengguna jalan raya biasa pula mampu memberikan kuasa sehingga 300 PS dan tork 400 Nm. ZEV pula yang lebih menggunakan motor elektrik belakang, menyalurkan kuasa bergantung pada pedal pendikit.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *