Hyundai Santa Fe Premium menggantikan varian Executive Plus – Harga RM172k-RM191k

By  |  0 Comments

Hyundai-Santa-Fe-Premium-IK 001

Dalam senyap-senyap, Hyundai Malaysia telah membawa masuk model Santa Fe Premium, varian baharu bagi menggantikan Executive Plus. Kini, ia sudah pun berada di bilik pameran Hyundai.

Ditawarkan pada dua pilihan enjin iaitu 2.4 liter petrol (176 hp/226 Nm) dan 2.2 liter diesel (197 hp/436 Nm), varian Premium ini menampilkan beberapa kit badan yang hampri sama dengan yang sebelumnya iaitu lampu utama xenon automatik dengan lampu posisi LED, rim aloi bersaiz 19-inci, kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, bilah pengilap cermin auto, bumbung panoramik, dua-zon kawalan suhu automatik, kluster Supervision, tempat duduk balutan kulit Nappa dan kamera undur.

Namun apa yang lebih menariknya, Santa Fe Premium telah dilengkapi dengan dua lagi beg udara pada bahagian sisi, menjadikan jumlahnya enam beg udara. Bagi sistem keselamatannya pula, selain ABS dengan EBD dan bantuan brek, ESP dengan Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM), Bantuan Mula Mendaki dan Kawalan Brek Menuruni Bukit (DBC) turut disertakan sebagai elemen standard.

Hyundai-Santa-Fe-Premium-IK 014

Lain-lain elemen baharu yang turut ditampilkan ialah pintu belakang yang boleh dibuka secara automatik, dan sistem navigasi Android.

Harga bagi Santa Fe Premium ini bermula RM178,821 (RM6,672 lebih mahal berbanding Executive Plus) untuk varian 2.4 petrol. Manakala bagi 2.2 CRDi diesel pula berharga RM190,545 (RM5,734 lebih mahal berbanding model sebelumnya).Kedua-duanya adalah harga atas jalan, tanpa insurans tetapi termasuk GST 6%.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *