Galeri : Mazda 6 2.0 & 2.5 facelift sudah berada di bilik pameran

By  |  0 Comments

Mazda_6_25_Facelift 061

Dua model facelift bagi Mazda 6 telah pun dipamerkan di bilik pameran Mazda, Glenmarie mulai hujung minggu lalu. Kedua-dua varian tersebut iaitu 2.0 dan 2.5 sedan yang ditampilkan di bilik pameran tersebut memiliki warna yang sama iaitu perak.

Seperti mana yang pernah dilaporkan sebelum ini, hanya varian 2.5 liter yang mengalami perubahan luaran. Ia termasuklah lampu utama LED baharu, kepingan gril dengan lingkaran krom, bampar hadapan yang diperbaharui, lampu kabus LED dengan kekemasan krom dan juga rekaan lampu belakang yang lebih segar. Namun ia masih mengekalkan rim aloi bersaiz 19-inci dengan rekaan yang lebih kurang sama dengan model sebelumnya, tetapi memiliki kekemasan berwarna kelabu.

Namun varian 2.0 tidak banyak bezanya, ia masih menampilkan lampu utama projektor halogen, lampu nyalaan siang LED, lampu belakang dan rim aloi 17-inci sama seperti model terdahulu.

Walau bagaimana pun, bahagian kabin kedua-da varian telah diperbaharui, termasuk dengan penampilan papan pemuka dan konsol tengah, yang lebih segar. Selain itu corong udara dan kawalan suhu, brek parkir elektronik dan pemegang cawan baharu turut ditampilkan.

Bagi sistem hiburan, MZD Connect seperti yang ditampilkan pada model terkini Mazda 2 dan 3, turut diadaptasikan pada model facelift Mazda 6 ini.

Untuk varian 2.5, navigasi, kemasukan tanpa kunci, bumbung matahari, pedal penukar gear dan sistem bunyi Bose dengan 11 pembesar suara turut diberi penambah baikan. Malah ia turut menerima paparan unit-kepala yang baharu.

Penjana kuasa bagi kedua-dua varian ini tiada perubahan, enjin 2.0 liter SkyActiv-G mampu memberikan kuasa sehingga 153 hp pada 6,000 rpm dan tork setinggi 200 Nm pada 4,000 rpm dan 2.5 liter pula dengan kuasa sehingga 185 hp pada 5,700 dan tork 250 Nm pada 3,250 Nm. Padanan transmisi juga tidak berubah, masih SkyActiv-Drive enam-kelajuan.

Begitu juga dengan kit keselamatan, kedua-duanya masih tampil dengan enam beg udara, ABS dengan EBD dan bantuan brek termasuk Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC). Sementara varian 2.5 turut menerima sistem keselamatan aktif dengan i-ActivSense yang terdiri daripada Pencahayaan Hadapan Adaptif, Pemantauan Kenderaan Belakang, Amaran Penukaran Lorong, Kawalan Lampu Tinggi dan Brek Bandar Pintar.

Bagi harga atas jalan, model 2.0 liter sedan ini ditawarkan pada harga RM159,158 tanpa insurans (lebih RM4000 berbanding sebelum ini) dan 2.5 liter sedan pula RM194,647. Manakala varian 2.5 liter Touring pula RM198,647.

Mazda 6 2.5 facelift 2015

Mazda 6 2.0 facelift 2015

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *