Honda memperkenalkan model Concept D di Auto Shanghai 2015

By  |  0 Comments

honda-concept-d-suv-shanghai-1221

Honda turut mengambil tempat di pentas Auto Shanghai 2015 dengan memperkenalkan model Concept D, di mana imejnya telah dipertanggungjawabkan oleh sekumpulan pereka dari China sendiri dan ia adalah untuk negara berkenaan.

Model Concept D ini tampil dengan rekaan yang lebih berketerampilan dan disasarkan buat generasi muda. Ditampilkan dengan gril, corong udara dan bampar yang bersaiz besar bersama lampu nyalaan siang teknologi LED yang dipadankan dengan lampu utama lebih futuristik dan slim.

honda-concept-d-suv-shanghai-1226

Profil sisinya pula kelihatan sedikit agak besar termasuk skirt sisi dan gerbang roda yang lebih membonjol. Manakala pada bahagian belakangnya pula, lampu LED berbentuk-C, spoiler bumbung dan bamparnya menampakkan Concept D ini kelihatan lebih garang.

Ia turut dipadankan dengan rim aloi bersaiz 21-inci yang dibaluti tayar 285/45. Honda Concept D ini turut menampilkan warna keemasan menjadikannya lebih elegan.

Buat setakat ini, penjana kuasanya masih belum didedahkan lagi. Honda akan mendedahkannya tidak lama lagi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *