Proton, Lotus Group & Goldstar jalin usahasama dalam membangunkan kenderaan Lotus di China

By  |  0 Comments

ART_8443

Proton Holdings Bhd yang mempunyai kepentingan dalam Lotus Group, telah memeterai Perjanjian Usahasama dengan Lotus Group International Ltd, United Kingdom dan Goldstar Heavy Industrial Co. Ltd., bagi rancangan mengembangka perniagaan kenderaan Lotus di China.

Majlis perjanjian ini disempurnakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang mewakili Proton, Lotus Group diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jean-Marc Gales dan Pengerusi Goldstar, Zheng Qianghui menandatangani perjanjian itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Datuk Abdul Harith Abdullah berkata perjanjian itu bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan kenderaan Lotus dalam segmen premium sport di China, dan memanfaatkan insentif yang ditawarkan oleh Kerajaan Wilayah Fujian.

Lotus-Evora-400-4

Menurut Dato’ Harith, “Perjanjian ini akan menyaksikan penubuhan sebuah syarikat usahasama bagi tujuan menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam penggunaan teknologi cekap dan canggih. Di mana ia akan mengeluar dan menjual kenderaan penumpang jenama Lotus serta menyediakan perkhidmatan selepas jualan berhubung produknya di China.”

Sambungnya lagi, pasaran automotif di China antara yang terbesar di dunia pada hari ini dan ia makin berkembang pesat. Ini memberikan peluang kepada syarikat seperti Lotus untul memperkukuhkan dan mengembangkan lagi perniagaan ini. Malah ia dilihat sebagai satu alternatif yang positif untuk lebih membangun dan mensasarkan pasaran bagi komuniti tempatan.

Lotus akan terus mengeluarkan rangkaian kereta sports termasuk Evora, Exige dan Elise secara eksklusif di ibu pejabatnya di Hethel, England

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *