BMW World Malaysia dianjurkan buat julung kalinya – Turut melancarkan beberapa model termasuk i8

By  |  3 Comments

The all-new BMW i8 (2)

Petang tadi, BMW Group Malaysia telah membuka tirai pameran BMW World Malaysia yang julung-julung kali diadakannya. Pameran yang berlangsung selama tiga hari di Bukit Kiara Indoor Arena itu menampilkan enam model baharu daripada jenama BMW Group iaitu BMW, MINI and BMW Motorrad. Ia turut melibatkan pameran model-model konsep daripada jenama terbabit yang pertama kali dipertontonkan di Asia.

Berucap dalam majlis pelancarannya, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata, “Kami di BMW sentiasa percaya tentang perlunya mencipta pengalaman menyeluruh yang tidak dapat dilupakan oleh para pelanggan. Jadi kami ingin melakukannya menerusi satu ruang yang menyampaikan intipati jenama yang kami bawa. Kami harap dengan pameran BMW World Malaysia, para pelanggan akan dapat merasai pengalaman jenama yang unik.”

Terbuka untuk orang awam mulai 17 hingga 19 April 2015, BMW World Malaysia akan menampilkan pameran jentera premium paling besar oleh BMW Group. Ia merangkumi model BMW 2 Series Active Tourer, BMW X6 dan pertama kali di Malaysia, BMW i8 serba baharu.

Bagi MINI pula, BMW World Malaysia akan memperkenalkan MINI John Cooper Works baharu, MINI Cooper 5 pintu dan MINI Cooper Countryman baharu yang dipasang tempatan.

Bagi peminat jentera dua roda, BMW Motorrad bakal memperkenalkan model BMW S 1000 RR dan BMW R 1200 R baharu. Acara tersebut juga mempamerkan pelbagai inovasi terkini BMW Group dari segi reka bentuk dan teknologi. Ia boleh dilihat melalui BMW 328 Hommage yang dipamerkan buat pertama kalinya di Asia serta motosikal BMW Concept Roadster, pertama di Malaysia.

Menurut Harris lagi, penganjuran BMW World di Malaysia telah menetapkan satu standard baharu dalam industri automotif negara. Pameran ini dilihat akan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju jenama kenderaan premium di Malaysia.

“Dalam tiga bulan pertama tahun 2015, kami di BMW Group Malaysia telah menyerahkan sebanyak 1,729 kenderaan BMW, MINI dan Motorrad kepada pelanggan. Prestasi ini nyata selari dengan apa yang kami lihat pada industri automotif Malaysia berikutan spekulasi ke atas harga kenderaan selepas pelaksanaan GST,” kata Harris.

The BMW 328 Hommage (3)

BMW Group Malaysia turut mengumumkan bahawa pihaknya telah menyemak semula harga semua kenderaan keluarannya dan Motorrad. Hasilnya, harga model BMW dan MINI turun sehingga 1.9%. Sementara harga BMW Motorrad pula turun sehingga 18%. BMW Group Malaysia menyatakan manfaat yang diperoleh daripada pelaksanaan GST itu akan diberikan kepada para pelanggannya.

Harga runcit yang dianggarkan (di atas jalan, tidak termasuk insurans, dengan BMW Service + Repair Inclusive (BS+RI) ) untuk kenderaan berikut adalah:

BMW 218i Active Tourer – RM 218,800.00
BMW 218i Active Tourer Luxury line – RM 248,800.00
BMW X6 xDrive35i – RM 718,800.00
BMW i8 – RM 1,188,800.00
(termasuk BMWi wallbox)

Bagi MINI pula (harga di atas jalan, tidak termasuk insurans, dengan MINI Service Inclusive) :

MINI John Cooper Works – RM 288,888.00
MINI Cooper 5-Door – RM 188,888.00
MINI Cooper Countryman – RM 198,888.00

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *