Proton buka peluang kepada ahli perniagaan sertai program penambahan wakil jualan 3S

By  |  1 Comment

PROTON-3S

Proton Holdings Bhd melalui anak syarikatnya, Proton Edar Sdn Bhd, mengalu-alukan ahli perniagaan yang berminat untuk menyertai program penambahan wakil jualan 3S (jualan, penyelenggaraan dan alat ganti) baharu kumpulan itu.

Program baharu itu merupakan sebahagian daripada usaha transformasi Proton yang berterusan di seluruh negara untuk meningkatkan perkhidmatan selepas jualan.

Pihak yang berminat boleh menghantar borang permohonan lengkap, dokumen syarikat yang relevan dan dokumen sokongan kepada Bahagian Perancangan dan Pembangunan Rangkaian Proton Edar. Permohonan dibuka sehingga 31 Mei 2015.

Menurut CEO Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah, “Melalui pelan pertumbuhan kami, rangkaian wakil jualan kami perlu menjadi rasional bagi mengekalkan rangkaian pengedar yang kukuh dan menguntungkan untuk Proton. Di bawah program itu, rangkaian semasa 413 cawangan kami, termasuk gabungan Pusat 3S, boleh mewujudkan rangkaian yang sihat dengan menumpukan bidang pasaran utama”.

Dalam masa yang sama, beliau menambah, Proton sedang membentuk semula rangkaian prasarananya untuk lima tahun akan datang melalui program penambahan wakil jualan.

Beliau berkata ia adalah untuk mengatasi pelbagai masalah dalam rangkaian pengedaran semasa syarikat seperti produktiviti rendah, ketidakcekapan proses operasi dan ketaksamaan di peringkat perkhidmatan kepada pelanggan.

“Rasionalisasi berkenaan akan menjadikan perniagaan lebih menguntungkan dan berdaya saing untuk wakil jualan, di samping menyedikan pelanggan dengan pengalaman pemilikan yang terbaik,” tambah beliau.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *