Petronas akan mula menjual petrol Euro 4 September ini

By  |  0 Comments

RON-97-petrol

Petronas akan mula menjual petrol yang lebih berkualiti tinggi iaitu Euro 4 pada September ini, menurut CEO dan Presiden Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin ketika mengumumkannya dalam mesyuarat tahunan Petronas Dagangan Berhad sebentar tadi.

“Kami sedang membuat persediapan untuk memperkenalkan Euro 4M RON 97 pada September ini,” kata Wan Zulkiflee kepada pihak media. Walau bagaimana pun, beliau masih enggan mengulas mengenai harga baharu bahan api terbabit.

Pada November tahun lalu, MITI telah mengumumkan syarikat minyak boleh mula menjual bahan api Euro 4 dan Euro 5 di Malaysia lebih awal berbanding tarikh yang telah digazetkan, iaitu Euro 4 RON 97 pada September 2015, Euro 4 RON 95 pada Oktober 2018, Euro 5 diesel pada September 2020, Euro 5 RON 95 dan RON 97 pada September 2025.

Pada awal November lalu, BHPetrol telah memperkenalkan diesel Euro 5 di beberapa kawasan terpilih.

Sebelum ini, syarikat pengeluar kenderaan dan juga Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah lama menyarankan agar syarikat minyak membekalkan bahan api yang lebih berkualiti yang lebih bersesuaian dengan enjin kenderaan berteknologi tinggi. Setakat ini, di Malaysia hanya menjual bahan api standard Euro 2.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *