Kadar bayaran lesen memandu kekal – JPJ

By  |  2 Comments

Driving-School-1

Awal tahun ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangka kadar bayaran untuk mendapatkan lesen memandu kereta dan motosikal akan turun berikutan peraturan baharu yang menetapkan pemohon lesen hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang.

Pagi ini, laporan Bernama menyebut, kadar bayaran bagi mendapatkan lesen memandu kereta dan motosikal kekal walaupun selepas pelaksanaan peraturan baharu yang menetapkan pemohon lesen hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang.

Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad, keputusan tersebut dibuat selepas melakukan kajian semula struktur peperiksaan dan kurikulum untuk menggabung kedua-dua ujian berkenaan.

Buat masa ini, JPJ menetapkan kadar bayaran atau harga siling sebanyak RM350 bagi lesen B2 (motosikal) kepada institut memandu manakala RM1,150 bagi kereta manual dan RM1,250 untuk kereta automatik.

Dalam masa yang sama, Ismail turut mengulas mengenai kes penipuan kemasukan kereta dari pulau bebas cukai iaitu Labuan dan Langkawi ke tanah besar yang menyebabkan ketirisan hasil dari segi cukai kastam. Katanya, pihak JPJ menjalankan kerjasama dengan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia bagi menangani masalah ini.

“Sistem JPJ dan pihak Kastam telah mula bekerjasama dalam fasa pertama. Manakala fasa terakhir dijangka selesai hujung bulan ini. Apabila sistem ini siap sepenuhnya, isu-isu mengenai kes penipuan kemasukan kereta ini dan melarikan diri dari cukai dapat dibanteras,” ujar Ismail.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *