UMW Toyota Motor labur RM1.5 juta untuk Institut T-TEP

By  |  0 Comments

1. Handing over after signing the MoU. Fr Left - En Hamzah Abu Hassan, Principal of Kolej WIT_ Tan Sri Zainal Rampak, Chairman of Kolej WIT_ YB Dato' Seri Hj Mohd Shafie Haji Apdal, Min. of Rural & Regional Dev_ Datuk Ismet Suki, President UMWT

UMW Toyota Motor Sdn Bhd telah melabur lebih daripada RM 1.5 juta dalam bentuk peralatan dan simulator latihan ke semua enam pusat latihan Program Pendidikan Teknikal Toyota (T-TEP) di negara ini, kata presidennya Datuk Ismet Suki.

Bercakap pada majlis pelancaran pusat latihan T-TEP keenam di Kolej WIT yang berlangsung semalam, Datuk Ismet berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat juga telah berkongsi pengetahuan terkini dan teknologi maju dengan semua institusi automotif T-TEP dimana UMW Toyota menjalin kerjasama.

Di samping itu, semua pelajar akan diberi pembelajaran mengenai budaya Toyota dan disiplin dalam Toyota Way Foundation sebelum mereka diambil sebagai pekerja.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Dato’ Seri Hj Mohd Shafie Hj Apdal dan pengerusi Kolej WIT, Tan Sri Zainal Rampak.

Program T-TEP, yang diasaskan oleh Toyota Motor Corporation of Japan, diiktiraf di seluruh dunia menerusi pelaksanaannya di 436 institusi seumpamanya di 52 buah negara.

Di Malaysia, program T-TEP telah bermula sejak tahun 1991 di mana kini terdapat enam institusi T-TEP termasuk Kolej WIT. Kolej-kolej lain adalah IKM Jasin, IKM Kuching, IKM Lumut, Kolej Tafe Seremban dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Masjid Tanah, Melaka.

2. Tour at the T-TEP school

Datuk Ismet berkata, program tersebut telah membantu merealisasikan matlamat syarikat untuk mendapatkan pengambilan baharu terutama dalam memperkasakan kapasiti rangkaian servis UMW Toyota di negara ini.

“Program T-TEP adalah sejajar dengan teras Pembangunan Modal Insan dalam Dasar Automotif Negara 2014 (NAP) yang bertujuan untuk menyediakan tenaga kerja yang cekap dan mencukupi di semua peringkat,’’ katanya. Selain itu, beliau menyebut bahawa UMW Toyota Motor sentiasa percaya bahawa program ini akan menyumbang kepada pembangunan dan daya saing industri automotif tempatan.

Pada masa ini, terdapat kira-kira 500 pekerja dalam rangkaian servis Toyota di seluruh negara yang merupakan bekas pelajar T-TEP, di mana sebilangan daripada mereka sudah pun berkhidmat lebih daripada 20 tahun dan memegang jawatan setinggi Pengurus Pusat Servis.

Datuk Ismet menyebut bahawa UMW Toyota Motor menyasarkan untuk memperoleh institut T-TEP yang ketujuh pada tahun 2016 sebagai pelan pengembangan seterusnya di rantau Sabah.

Beliau juga berkata UMW Toyota Motor akan terus memupuk dan menaikkan kualiti servis bukan sahaja untuk Pusat Servis Toyota tetapi beliau percaya ia boleh memberi manfaat kepada keseluruhan industri automotif di negara ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *