Citroen Aircross – Model konsep yang penuh gaya

By  |  0 Comments

Citroen-Aircross-concept-11

Menepati janjinya, semalam Citroen telah mendedahkan model konsep terbaharunya, Citroen Aircross sebelum dipamerkan di Auto Shanghai 2015 pada hujung minggu hadapan.

Lebih besar berbanding C4 Cactus, model konsep Aircorss ini berukuran 4580mm panjang, 2100mm lebar, 1800mm tinggi dan dipadankan dengan rim aloi bersaiz 22-inci. Walau bagaimana pun, ia tetap memiliki persamaan gaya yang sedikit pelik seperti Cactus, namun berkerangka lebih besar serta tegap seperti model Land Rover Discovery Sport atau Hyundai Santa Fe. Ia membuatkan model produksinya akan berkedudukan di atas Cactus.

Walau nampak agak pelik, namun sifat futuristik cukup terserlah dengan kehadiran “alloy bumps” yang diproduksi daripada larutan aluminium sarang lebah yang dilitupi dengan getah pada sekelilingnya. Citroen turut menambah “air signs” dengan krom di sekeliling cermin belakang dan “air curtains” bagi meledakkan lagi ciri aerodinamiknya.

Menampilkan warna merah-jingga, Aircross konsep ini turut menampilkan pelarasan plug-in hybrid dengan padanan enjin 1.6 liter yang mampu menghasilkan kuasa 218 hp serta tambahan 95 hp yang dihasilkan daripada motor elektrik. Kuasa tersebut dipancarkan menerusi pek bateri lithium-ion yang mampu menjana model konsep ini sehingga 50 km dan hanya mengambil masa sekitar setengah jam bagi mengecas semula dengan menggunakan soket rumah.

Dengan gabungan kuasa 313 hp itu, model konsep Aircross ini mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 4.5 saat dan penggunaan bahan api pula tercatat antara 1.7 liter/100 km.

Buat setakat ini, rekaan di dalam kabin juga tampil penuh bergaya dengan kehadiran skrin berdefinisi tinggi bersaiz 12-inci, pembesar suara dan microphone dengan “kemudahan komunikasi antara penumpang” serta pintu belakang berengsel.

Masih belum mengesahkan adakah ia bakal diproduksikan, Citroen cuma berkata, model konsep Aircross ini merupakan ilusi “impian bertaraf antarabangsa” syarikat berkenaan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *