GST : Ford turunkan harga antara 0.01% hingga 0.09%

By  |  0 Comments

Ranger_Ext_03

Memandangkan boleh dikatakan banyak model Ford di pasaran Malaysia adalah diimport dari Thai (model CBU), maka penglibatan jenama ini di dalam pelaksanaan GST tidaklah begitu besar.

Berikut merupakan 24 senarai harga baharu bagi setiap model Ford yang berada di dalam pasaran. Ia melibatkan penurunan harga yang paling rendah iaitu sebanyak RM2 bagi Ford Ranger 3.2 XLT 4×4 AT dan yang paling tinggi iaitu RM100 bagi Ford S-Max 2.0 EcoBoost.

Walau bagaimana pun, model Focus ST tidak terdapat dalam senarai kerana difahamkan ia sudah tiada dalam stok dan pihak Ford sendiri tidak mempunyai perancangan untuk menambahnya lagi. Manakala bagi model Mondeo, Ranger dan Everest adalah mengikut harga model sedia ada. Dan tidak lama lagi Mondeo baharu bakal menjengah pasaran Malaysia. Begitu juga dengan model facelift bagi Ranger serta Everest baharu yang bakal tiba pada suku ketiga tahun ini.

Ford GST pricelist IK copy

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *