GST : Suzuki turut ambil bahagian turunkan harga

By  |  0 Comments

suzuki-s-cross-previewed-malaysia 692

Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd (SMA) turut mengambil bahagian di dalam menurunkan harga barisan modelnya sempena pelaksanaan GST, biar pun bukan dalam kadar yang tinggi.

Daripada sembilan model yang masih dipasarkan di Malaysia, hanya Suzuki Alto 1.0 AT GLX yang tiada perubahan harga iaitu RM49,888. Manakala model lain termasuk SX4 S-Cross 1.6 CVT yang sebelumnya berharga RM129,888, kini ditawarkan pada RM129,788.

Model Jimny yang pernah diturunkan harga sebanyak RM3,400 pada Januari 2014, kini berharga RM81,388 bagi manual (sebelumnya berharga RM81,488) dan RM86,388 untuk automatik (harga dahulu RM86,488).

Dalam masa yang sama, SMA turut menganjurkan promosi jualan sepanjang April ini yang melibatkan dua model sahaja iaitu Swift GL 1.4 dan Swift GLX 1.4. Kedua-dua model tersebut ditawarkan rebat pembelian sehingga RM5,000. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran ini, sila berkunjung ke mana-mana bilik pameran Suzuki berhampiran.

Suzuki GST IK

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *