Kia Novo – Model konsep yang tampil dengan imej garang

By  |  0 Comments

Kia-Novo-10

Kia telah memperkenalkan model konsep fastback empat-pintu yang diberi nama Novo di Seoul Motor Show 2015. Nama tersebut adalah petikan bahasa Latin ‘Novatus’ yang membawa maksud ‘diperbaharui’.

Ia telah tampil dengan bahasa rekaan yang tersendiri dengan paras rupa yang nampak garang. Novo ini menggunakan platform Cerato/Forte yang dimodifikasi tetapi memiliki bentu badan yang lebih pendek pada bahagian hadapan dan panjang di belakang. Garisan bumbungnya seperti ‘tergantung’ iaitu lebih landai dan agak pendek di bahagian belakang.

Imej yang ditampilkan ternyata lebih garang dengan kehadiran gril hidung harimau dan ia lebih lebar serta disambung pada lampu utama laser yang nipis. Gerbang rodanya pula tampak mantap bersama skirt sisi yang lebih maskular. Manakala bahagian belakangnya pula dihiasi dengan bampar berbentuk unik yang disambung pada dua paip ekzos krom.

Bahagian kabin juga tidak dilupakan, Kia Novo memilih rekaan yang minimalis dan mengetepikan beberapa butang kawalan yang tidak diperlukan. Malah paparan umpama hologram 3D dan pelapik sesentuh ‘kawalan tidak nampak’ pula diletakkan bersebelahan roda stereng bagi membolehkan pemandu mengawal semua butang fungsi kenderaan. Menariknya, pelapik ini mempunyai pengimbas cap jari dan hanya berfungsi sekiranya ia mengenal pasti cap jari pemandu yang berada dalam rekodnya.

Kia-Novo-3

Kia Novo ini dijanakan oleh enjin 1.6 liter pengecas turbo empat-silinder dengan padanan transmisi DCT tujuh-kelajuan yang ditugaskan menghantar kuasa pada gandar hadapan.

Dalam kenyataan medianya, Kia mengesahkan buat setakat ini mereka belum mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan model produksi namun berkata mereka mempunyai “kenderaan produksi yang mampu mencatat sejarah membanggakan” yang akan dihasilkan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *