Toyota RAV4 facelift dipertontonkan di New York Auto Show

By  |  0 Comments

RAV4-SE-2016-1

Walau pun bukan lagi sebuah SUV yang popular, namun Toyota tetap memproduksikan modelnya. Terkini, Toyota telah pun memperkenalkan RAV4 versi facelift di New York Auto Show yang sedang rancak berlangsung.

Tidak banyak perubahan yang ditampilkan, melainkan bahagian hadapannya yang nampak kelainan dengan gril yang lebih langsing, lampu utama lebih kecil dan corong udara yang sedikit rendah. Bahagian belakangnya juga telah menerima padanan bampar baharu dan pembuka pintu belakang yang diberi penambah baikan.

Selain itu, rim juga telah diberi penggayaan semula serta badannya boleh didapati dalam tiga pilihan warna baharu iaitu Silver Sky Metallic, Black Currant Metallic dan Electric Storm Blue.

RAV4-SE-2016-2

Bahagian kabinnya juga hanya mengalami sedikit perubahan termasuk menggunakan material yang lebih berkualiti tinggi dengan plastik sentuhan lembut. Ia juga tampil dengan elemen baharu, antaranya pemegang kaca mata, pemegang cawan dan juga penukar gear. Kluster instrumen juga telah diberi penambah baikan dan menambah port bagi USB dan V12.

RAV4 2016 ini juga didatangkan dengan varian SE yang menampilkan bampar hadapan lebih sporty, gril yang dipertingkatkan dan lampu utama serta belakang LED. Malah suspensinya juga telah ditala lebih sporty serta tampil dengan rim aloi bersaiz 18-inci.

Kelainan pada bahagian kabinnya dengan menambah tempat duduk SofTex dan kekemasan gunmetal.Ia juga menampilkan pedal penukar gear pada bahagian belakang roda stereng serta kluster instrumen unit dengan penanda merah.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *