Toyota Camry 2015 versi CKD dilancarkan – Harga antara RM150k hingga RM175k

By  |  0 Comments

Camry_launch_01

Pada 23 Mac yang lalu, majlis perasmian projek Toyota Camry serba baharu pemasangan tempatan (CKD) di Assembly Services Sdn Bhd (ASSB), Shah Alam, telah pun disempurnakan. Dan pagi ini pula, ketiga-tiga varian bagi Camry baharu CKD ini selamat dilancarkan di Sunway Pyramid Convention Centre, Petaling Jaya.

Varian tersebut iaitu Camry 2.0G dan 2.0E telah ditampilkan dengan enjin baharu dan transmisi yang dinaik taraf. Manakala varian Camry Hybrid 2.5 pula merupakan model hibrid pertama dari Toyota yang dipasang secara CKD di Malaysia.

“Camry Hybrid 2.5, 2.0G dan 2.0E baharu ini akan pastinya menarik mereka yang mahukan rupa sporty dan dinamik serta keselesaan. Terdapat perubahan reka bentuk besar dalaman dan luaran dalam menjadikan Camry baharu ini berteknologi tinggi dan cergas dengan lancar. Kami gelarkannya falsafah reka bentuk ‘Rupa Identiti Penuh Minat dan Diberi Keutamaan’,” ujar Datuk Ismet Suki, Presiden UMW Toyota Motor.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Tan Sri Asmat Kamaludin, Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama, Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Toshihiro Nakaho, Timbalan Ketua Jurutera, Toyota Motor Corporation dan Datuk Syed Hisham Syed Wazir, Presiden dan CEO Kumpulan UMW Holdings Bhd.

Camry_Hybrid_Ext_02

Model Camry Hybrid didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan baharu yang mengagumkan seperti Pemantau Titik Buta (Blind Spot Monitor), sistem Pengawasan Trafik Belakang (Rear Cross Traffic Alert), kawalan kelajuan serta Nano-e TM, sistem pembersihan udara yang membersihkan udara daripada ions negatif.

Ia juga menawarkan pengecas tanpa wayar yang pertama dalam kelasnya kepada pengguna untuk meletak dan mengecas telefon pintas mereka.

Bukan itu sahaja, Camry Hybrid juga melangkaui jangkaan dalam aspek prestasi. Ia dijanakan oleh enjin 2.5 liter 4-silinder DOHC dengan VVT-i dan ACIS yang membolehkannya menghasilkan kuasa sehingga 160 PS pada 5,700 rpm dan tork setinggi 213 Nm pada 4,500 rpm.

Ia turut dipadankan dengan sistem transmisi Electronically Controlled Continuosly Variable Transmission (E-CVT) yang turut membantu penjimatan bahan api lebih cemerlang.

Selain itu, Bantuan Mula Mendaki (Hill Start Assist) yang ada pada varian Hybrid 2.5 dan 2.0G, mempunyai keupayaan untuk mengelak kereta daripada terlajak menurun apabila di atas permukaan curam, manakala ABS dan EBD sebagai sistem standard. Jika Camry Hybrid 2.5 dilengkapi dengan tujuh beg udara, varian 2.0G dan 2.0E pula hanya dua beg udara sahaja.

Bagi varian baharu Toyota Camry 2.0 Liter G dan E, kedua-duanya dilengkapi dengan transmisi automatik enam-kelajuan dan enjin petrol serba baharu berkuasa yang tertinggi dalam kelasnya, yang menjana kuasa 167 PS merangkumi sistem baru Variable Valve Timing – Intelligent Wide (VVT-iW) yang membolehkan enjin bergerak secara konvensional dan kitaran Atkinson.

Camry_2_Ext_02

Ia juga disasarkan untuk mencapai output kuasa lebih tinggi, penjimatan bahan api terbaik dan pengeluaran asap rendah. Manakala penggunaan bahan apinya tercatat 7.3L/100km, hasil gabungan enjin baharu dan transmisi yang dipertingkatkan.

Di samping itu, Camry baharu juga mempunyai ciri bersepadu lampu nyalaan siang LED, lampu utama LED buat Camry Hybrid dan lampu utama projektor HID untuk Camry 2.0 dan sistem dua ekzos yang membawa Camry setahap atau lebih daripada standard yang ditetapkan oleh pesaing.

Bagi varian hibrid, ia akan dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 17-inci, manakala Camry 2.0 hanya 16-inci.

Camry_Hybrid_Int_12

Menjengah bahagian kabinnya, bagi Camry Hybrid, ia dilengkapi dengan tempat duduk balutan kulit berwarna hitam dan pelarasan tempat duduk hadapan secara elektronik dengan lapan cara termasuk sokongan lumbar, skrin sesentuh bersaiz tujuh-inci untuk paparan audio, sistem navigasi, pemain DVD dengan sokongan MP3, USB dan iPod, sambungan Bluetooth, Mirror Link, 10 pembesar suara JBL, zon berkembar penghawa dingin, serta kamera undur.

Manakala bagi 2.0E pula, ia menampilkan tempat duduk fabrik berwarna hitam (2.0G sama seperti Hybrid), pemain DVD dengan sokongan MP3, USB dan iPod, enam pembesar suara dan zon berkembar penghawa dingin.

Selain itu, ketiga-tiga varian ini juga disertakan dengan sistem kemasukan pintar dengan butang penghidup enjin, panel kluster berbentuk-U, butang kawalan dengan rekaan baharu, paparan pelbagai-informasi, meter kombinasi Optitron, roda stereng balutan kulit dan kekemasan kayuan pada bahagian papan pemuka, konsol tengah, tombol gear dan perehat lengan.

Camry baharu ini ditawarkan pada harga RM149,900 bagi Camry 2.0E, RM159,900 untuk Camry 2.0G dan Camry Hybrid 2.5 pula berharga RM174,900. Harga tersebut adalah termasuk insurans. Ia turut didatangkan dengan waranti standard kenderaan tiga tahun atau 100,000km (yang mana tiba terlebih dahulu).

Camry 2015 ini didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu Grey Metallic, Medium Silver Metallic, Attitude Black, Silver Metallic dan White Pearl.

“Sebagai tambahan, sukacita saya umumkan bahawa, daripada segi waranti, kami akan menawarkan program jaminan lapan tahun terhadap bateri hibrid,” ujar Datuk Ismet Suki.

Dalam masa yang sama, UMW Toyota Motor turut menyasarkan jualan hampir 9,000 unit Camry baharu tahun ini dengan pengenalan Camry Hibrid serba baharu. Daripada 9,000 unit tersebut, disasarkan sebanyak 7,000 daripadanya adalah varian hibrid yang akan terjual.

Toyota Camry Hybrid 2.5HV 2015

Toyota Camry 2.0G 2015

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *