GST : UMW Toyota jamin penurunan harga sehingga RM4K bagi model Toyota & Lexus

By  |  0 Comments

5D3_7411

Pembeli kereta di seluruh negara telah membuat spekulasi bagaimana pelaksanaan GST akan menjejaskan harga jualan kereta. Persepsi lumrah ialah secara teori, harga seharusnya menurun, kerana hakikatnya cukai jualan 10% akan digantikan dengan GST 6% dan apakah ini boleh mendatangkan keuntungan?

UMW Toyota Motors telah mengeluarkan kenyataan untuk menafikan sebarang kemungkinan salah tanggapan dalam hal ini.

Toyota GST pricelist copy

Dalam kenyataannya, Presiden UMW Toyota Motor Datuk Ismet Suki berkata, “Akan ada penurunan harga sehingga RM4000 atau 2% bagi model Toyota dan Lexus. Kenderaan-kenderaan UMW Toyota Motor akan menyalurkan 100% kos penjimatan kepada pelanggan semasa pembelian model Toyota dan Lexus semasa pelaksanaan struktur cukai baharu.”

Di bawah rejim GST, terdapat implikasi berbeza kepada perniagaan dalam pelbagai bidang daripada pengiraan cukai, pemungutan, pemulangan, penyatuan kepada penyediaan kos, berbanding kepada sistem sedia Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Lexus GST pricelist Sheet1 copy

Mengukuhkan sokongan UMW Toyota Motor terhadap pelaksanaan GST ini, Datuk Ismet berkata syarikat itu akan telus dalam transaksi perniagaannya dan akan mematuhi sepenuhnya Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2014.

Beliau menasihatkan para pelanggan untuk menikmati pengurangan harga baharu kesemua kenderaan Toyota dan Lexus, dan mengambil peluang daripada promosi dan tawaran hebat yang UMW Toyota Motor akan berikan sepanjang tahun.

Untuk maklumat lanjut mengenai perubahan harga baharu bagi kenderaan Toyota dan Lexus, sila lawati www.toyota.com.my dan www.lexus.com.my serta www.lexus.com.my/GST-info dan www.toyota.com.my/highlights/about-gst untuk infografik dan video.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *