Proton cadang bawa Iriz ke pasaran India

By  |  0 Comments

Proton_Iriz_ 001

Nampaknya semakin banyak negara sudi menerima kemasukan Proton Iriz di pasaran mereka. Perkhabaran terbaru diterima dari India, model hatchback berkenaan mungkin akan dipasarkan di negara tersebut dan dipasang di sana, seperti mana yang dilaporkan oleh Autocar Professional.

Ketua Pegawai Teknikal Kejuruteraan Proton, Abdul Rashid Musa memberitahu, pihaknya sedang menjalankan kajian untuk memahami pasaran India dan sedang mempertimbangkan pemasangan produk di sana. Beliau turut menambah, Proton juga sedang mencari rakan kerjasama tempatan sama ada untuk mengedar atau memasang kenderaan terbabit sebagai pilihan.

“Terdapat beberapa perkara spesifik, bukan halangan dagangan tetapi boleh dikatakan termasuk pengurangan tarif jika kereta di bawah empat meter panjang. Malah dalam pasaran yang lebih banyak menggunakan diesel, dan harganya juga jauh lebih rendah berbanding petrol, ini merupakan cabaran kerana kita mempunyai portfolio petrol yang lebih kukuh di Malaysia, manakala diesel kebanyakannya digunakan untuk kenderaan perdagangan,” ujar Rashid.

Beliau turut berkata, Proton sedang mempertimbangkan untuk memperoleh enjin diesel daripada pengeluar yang lain bagi pasaran eksport. Jika ia terlaksana, Proton akan memiliki model hatchback berenjin diesel kedua terpantas di dunia dalam pasaran automotif yang semakin berkembang.

Kemasukan Proton dalam pasaran India sebenarnya telah lama direncanakan. Pada asalnya ia disasarkan pada tahun 2011, namun ketika itu, Proton masih mencari untuk mendapatkan sumber bagi enjin diesel daripada pihak OEM lain. Dan buat setakat ini, masih tiada perkembangan selanjutnya mengenai perkara ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *