Jelajah KIA ke Setia City Mall – Peluang menangi Cerato 2.0 terbuka untuk anda

By  |  0 Comments

Kia On Tour 2015_1

Naza Kia Malaysia Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan KIA di Malaysia, mengumumkan, Jelajah KIA dianjurkan di Setia City Mall, Setia Alam Selangor untuk mencari pemenang bertuah bagi hadiah utamanya iaitu sebuah Cerato 2.0. Di mana pelanggan yang membuat tempahan atau memandu uji kenderaan KIA dalam siri jelajah tersebut dari 1 hingga 5 April ini masih berpeluang memenangi sebuah Cerato 2.0 sebagai hadiah utama.

Ketua Pegawai Operasi Naza Kia Malaysia Sdn Bhd, Datuk Syed Abdull Hafiz Syed Abu Bakar, berkata, “Jelajah KIA tahun ini memberi peluang kepada penggemar-penggemar KIA dari segenap lapisan masyarakat untuk mengenali dengan lebih dekat produk-produk KIA yang kini berada di pasaran seperti KIA Cerato, Picanto, Rio, Optima K5, Sorento dan Sportage”.

Selain daripada menempah atau memandu uji kenderaan KIA pada Jelajah KIA berkenaan, pelanggan-pelanggan turut berpeluang mendapat tawaran-tawaran istimewa yang telah disediakan.

Siri Jelajah KIA 2015 yang telah bermula di Kuantan, Pahang, dua minggu lalu akan berlangsung di beberapa pusat membeli belah terkemuka seluruh Malaysia sepanjang tahun ini.

Jelajah Kia seterusnya akan diadakan secara serentak dari 3 hingga 5 April 2015 di Alor Star Mall, Amanjaya Mall Sungai Petani, dan Kota Bharu Mall. Ia di ikuti dengan di City Square Johor Bahru (24 hingga 26 April 2015), AEON Ipoh Station 18 (28 April hingga 3 Mei 2015), 1 Utama Shopping Centre Bandar Utama (13 hingga 17 Mei 2015), The Spring Mall Kuching (22 hingga 24 Mei 2015) dan AEON Tebrau City Shopping Centre (26 hingga 31 Mei 2015).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *