Unit terakhir Lotus Exige LF1 telah terjual

By  |  0 Comments

Lotus Pic 2

Baru-baru ini, Lotus Cars Malaysia telah menganjurkan majlis penyampaian unit terakhir Lotus Exige LF1 (yang hanya diproduksi sebanyak 81 unit sahaja) di Pavilion KL.

Majlis ini menyaksikan penyerahan kunci jentera terbabit oleh CEO Proton, Datuk Abdul Harith Abdullah dan Ketua Lotus Cars Malaysia, Tengku Djan Ley, kepada pemiliknya iaitu Datuk Nik Hamdan dan anak perempuannya. Ya, pembeli terakhir Lotus Exige LF1 ini ialah warga Malaysia!

Pemilik Lotus Exige LF1 telag dibawa melawat kilang Lotus di Hethel, Norfolk, UK serta ibu pejabat Enstone Lotus F1 Team. Malah turut menawarkan pek pemilik edisi khas yang turut termasuk dengan kad keahlian Exige LF1 yang membolehkan pemegang kad tersebut menikmati diskaun bagi membeli cenderahati Lotus. Selain itu, pemilik jentera ini turut menerima replika berskala-setengah saiz topi keselamatan Romain Grosjean, anak kunci Lotus dan juga USB Lotus F1.

Dengan inspirasi F1, tema warna hitam dan keemasan serta merah menjadikan jentera ini nampak begitu hebat pada pandangan mata. Menambahkan gaya dengan rim aloi berwarna emas yang dibaluti tayar Pirelli P-Zero Trofeo R, dan kaliper AP Racing.

Elemen lain yang turut ditampilkan termasuklah pakej aero dengan peresap belakang, spoiler belakang, sistem ekzos ‘free-flowing’, Lotus Dynamic Performance Management (dengan mod Touring, Sport & DPM) serta empat-saluran ABS yang telah ditala semula.

Bagi kabinnya pula, kekemasan kulit dengan fabrik teknikl serta warna kontras keemasan menyerlahkan gaya serba mewah dan sporty jentera ini. Logo ‘F1’ yang disulam pada bahagian perehat kepala, dan logo ‘Lotus F1 Team’ pada tempat duduk belakang menambahkan gaya eksklusif.

Model edisi terhadi ini dijanakan oleh enjin 3.5 liter DOHC VVT-i V6 yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 350 PS pada 7,000 rpm dan tork setinggi 400 Nm pada 4,500 rpm. Ia turut dipadankan dengan kotak gear manual enam-kelajuan. Jentera ini mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya empat saat sebelu mencapai kelajuan maksimum sehingga 274 km/j.

Disebabkan Lotus Exige LF1 ditawarkan secara tempahan khas untuk pasaran Malaysia, harganya bermula RM438,777 (sebelum cukai).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *