MAA cadang pengguna beli kereta sebelum 1 April ini

By  |  0 Comments

The-New-Car-Lot

Menurut laporan Bernama, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menggesa orang ramai untuk membeli kereta sebelum 1 April, 2015 memandangkan kebanyakan syarikat kereta merancang untuk mengurangkan inventori mereka dengan tawaran yang menarik.

Presidennya, Datuk Aishah Ahmad, berkata syarikat-syarikat ini mahu mengurangkan stok kereta yang dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebelum 1 April, apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) mengambil tempat.

“Walaupun beberapa syarikat kereta akan mengurangkan harga pada 1 April, tawaran sekarang adalah lebih baik. Selepas 1 April, mereka boleh menuntut kembali hanya 20 peratus daripada SST yang sudah dibayar,” kata Aishah.

Katanya, 20 peratus itu tertakluk kepada semua pihak yang terlibat dalam rantaian pembekalan, yang bermakna bahawa jika terdapat stok yang tidak dijual selepas 1 April, sama ada mereka memindahkan 80 peratus daripada baki SST kepada pelanggan atau menyerapnya.

Selain daripada CBP, isu yang lebih mendesak sekarang ini ialah kadar pertukaran mata wang asing, kerana kebanyakan syarikat telah membayar cukai kenderaan yang dipasang di luar (CBU) dan kenderaan yang dipasang di Malaysia (CKD) serta lain-lain bahagian dalam dolar Amerika Syarikat, yang telah menambah nilai berbanding ringgit.

“Kita perlu ingat bahawa harga kereta naik setiap tahun. Jadi bukan semua syarikat dapat penjimatan melalui CBP, daripada 10 peratus SST kepada hanya enam peratus CBP, memandangkan kadar pertukaran mata wang sekarang ini merupakan faktor terpenting dalam menentukan harga kenderaan.

“Oleh itu apabila mereka melakukan pengiraan, mereka perlu membuat keputusan sama ada untuk mengurangkan, mengekalkan atau meningkatkan harga,” kata Aishah.

Syarikat-syarikat kereta juga dijangka akan mengumumkan senarai harga kenderaan pada minggu pertama bulan April berikutan pelaksanaan CBP.

Melangkah ke hadapan, dengan pelaksanaan CBP, jualan kenderaan dijangka bertambah baik, berikutan permintaan yang lebih perlahan semasa tiga bulan pertama tahun ini berbanding dengan tahun lepas.

GST-lead-bm

Isu CBP (lebih popular disebut sebagai GST) ini juga pernah dibentangkan oleh Infokereta.com dan Paultan.org selepas menemubual secara eksklusif Datuk Aishah dan Dato’ Subromaniam Tholasy selaku Pengarah GST, Jabatan Kastam Diraja Malaysia baru-baru ini.

Walau pun terdapat percanggahan pendapat mengenai harga kereta baharu antara kedua-dua individu terbabit, namun sehingga kini, masih belum ada pengesahan adakah ia akan naik, turun atau pun kekal. Buat masa ini, hanya Volkswagen Group Malaysia sahaja yang mengesahkan tiada perubahan harga bagi produknya buat masa ini. Jadi, kena tunggu pengumuman dari lain-lain syarikat kereta mengenai harga baharu ini yang dijangka bakal diumumkan pada minggu pertama April.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *