BMW memperkenalkan 3-Series Gran Turismo Luxury Lounge Edition untuk Jepun

By  |  0 Comments

BMW-3Series_Gran-Turismo-Luxury-Lounge-9

BMW telah pun memperkenalkan 3-Series Gran Turismo Luxury Lounge Edition untuk Jepun. Ia dijangka bakal mula dijual pada 1 April ini dan diproduksi dalam jumlah yang terhad iaitu hanya 140 unit sahaja.

Ditawarkan dengan dua pilihan warna iaitu Alpine White dan Imperial Blue Brilliant serta pilihan kulit Dakota untuk tempat duduk. Ia juga dilengkapi dengan pakej Bantuan Pemanduan, tempat duduk dengan fungsi haba, skrin paparan dan banyak lagi.

Hanya satu sahaja pilihan penjana kuasa iaitu 2.0 liter turbo yang mampu menghasilkan 184 hp dan tork 270 Nm serta dipadankan dengan kotak gear automatik lapan-kelajuan,

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *