Suzuki Ciaz dipertontonkan di Bangkok International Motor Show

By  |  0 Comments

Suzuki-Ciaz-1

Suzuki telah pun melancarkan kereta eco, Suzuki Ciaz, di Bangkok International Motor Show 2015. Diproduksi di Rayong (kilang pemasangan ketiga selepas India dan China), sedan serba baharu ini berjaya melepasi Fasa Pertama bagi Program Kereta Eco di negara berkenaan, secara tidak langsung ia berjaya memperoleh insentif duti eksais.

Diletakkan di bawah segmen-B, Ciaz memiliki ukuran 4490mm panjang, 1730mm lebar, 1475mm tinggi dan jarak rodanya pula 2650mm. Secara tidak langsung membuatkan ia kereta ‘terbesar’ di bawah status kereta eco.

Suzuki-Ciaz-20

Dijanakan oleh enjin 1.25 liter K12B empat-silinder, ia mampu memberikan kuasa sehingga 91 PS pada 6,000 rpm dan tork setinggi 118 Nm pada 4,800 rpm dan dipadankan dengan transmisi manual lima-kelajuan atau CVT.

Jangkaan bagi penggunaan bahan api dan pelepasan karbon dioksida masih belum diumumkan lagi. Namun kemungkinan di bawah 5 liter per 100 km dan 120 gram per kilometer, kedua-duanya melepasi kelayakan Fasa Pertama.

Harganya juga belum diumumkan lagi, namun sumber mengatakan kemungkinan besar di antara 500,000-680,000 baht (RM56,300-RM76,600).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *