Jaguar XF serba baharu menanti detik ke New York Auto Show

By  |  0 Comments

Jaguar-XF-2016-10

Jaguar menepati janjinya untuk mendedahkan perincian dan foto model terbaharunya, Jaguar XF, semalam.

Kelihatan mirip dengan model XE, berbanding model sebelumnya, ia 7mm lebih pendek dan 3mm lebih rendah, sementara jarak rodanya pula dilebarkan sedikit sebanyak 51mm iaitu mencapai 2960mm bagi memberikan ruang dalaman yang lebih luas.

Jaguar juga memberitahu, pembikinan XF melibatkan penggunaan aluminium sebanyak 75% dan menjadikan ia seberat 190 kg lebih ringan berbanding model sebelumnya.

Ia juga dipadankan dengan sistem suspensi double wishbone & Integral Link dengan teknologi perendam pasif dan pilihan sistem Dinamik Adaptif bagi mengesan pelarasan peredam yang optimum.

Jaguar-XF-2016-11

Jaguar XF 2016 ini tampil dengan enjin diesel 2.0 liter Ingenium yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 163 hp dan 380 Nm. Malah Jaguar juga turut menawarkan enjin 3.0 liter twin-turbo V6 dengan kuasa 300 hp dan 700 Nm serta 3.0 liter V6 supercharged (380 hp/450 Nm).

Kesemua enjin ini dipadankan dengan kptak gear automatik lapan-kelajuan, tetapi varian 2.0 liter Ingenium juga tampil dengan talaan istimewa dengan transmisi manual enam-kelajuan.

Jaguar-XF-2016-1

Menjengah bahagian dalamannya, ia tampil dengan sistem hiburan InControl Touch Pro bersama skrin paparan sesentuh bersaiz 10.2 inci yang dikuasakan oleh prosesor Quad-Core. Bukan itu sahaja, ia juga tampil dengan kluster instrumen TFT bersaiz 12.3 inci dan sistem bunyi digital Merdian 825-watt dengan 17 pembesar suara. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan Solid State Drive (SSD) untuk prestasi yang lebih unggul.

Jaguar XF serba baharu ini akan ditampilkan secara perdana pada 1 April ini di New York Auto Show.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *